sungguh ku rasa tenang tatkala mendekatkan diri Mu dari sumber sumber ilmiah yang ku baca, disaat hati ini mencari yang maha esa, mencari islam yang syumul. . disaat kejatuhan diri di dasar yang paling bawah, aku sedar ape sebenarnya tujuan kehidupan, sisa sisa hidup yang masih berbaki sebelum menginjak ke usia 22 tahun. selama kehidupan 21 tahun dimuka bumi, boleh berbilang kebaikan yang dilakukan, bilakah ia mahu menjadi infiniti. . 21 tahun mengajar hidup ku untuk berbuat baik kepada manusia, bersabar dan terus bersabar. ini baru 2% ragam manusia yang ku lihat, ramai lagi manusia diluar sana yang punya ragam yang berbeza. bersabar.. iya, hati ini kan sentiasa dan terus bersabar, bersabar menghadapi hari yang mendatang. bersabar dengan dugaan yang ku terima, bersabar dan terus bersabar. akan ku pujuk hati ini untuk terus bersabar walaupun ia tidak mahu.. "bersabarlah wahai hati" itulah bait bait kata dalam hati ku setiap kali ku melangkah dan menghadapi hari demi hari.. ya Allah, andai hari ini atau hari hari yang mendatang ku alpa untuk bersabar, ku lupa untuk bersabar, ku mohon agar Kau menguatkan hati ini, hati yang tidaklah seberapa kuatnya. be like u n be urself. . return to the philosophy of forgive and forget. p/s: gara gara rase down gile semalam dan hp jatoh dalam longkang air hujan p/s/s: kak C jatuh tergolek tergelincir hari ini *lucu* rase nak upload video dalam otak nie untuk tatapan umum.. kahkahkahk. . . |
Thursday, March 17, 2011
berbuat baik dan sabar dengan perilaku manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment