Friday, September 27, 2013

cara memilih tudung bawal

Photobucket

Salam aLaik people !
Pada hari ini nak kongsikan perkara tentang tudung bawal. Ya.. rata-rata remaja zaman sekarang lebih cenderung memilih material bawal ini sebagai tudung seharian (tapi ade juga kawasan dimana, majority remaja pakai shawl) . aha



Tudung pertama yang dibeli adalah tudung sekolah dan memang sah sah bukan tudung bawal kan sebab tudung sekolah tudung kain licin tu tapi sekarang pergi sekolah ade tudung sekolah siap ade awning lembut lagi.. kelass ko jahh pergi skola hade awning.. dulu tak de nyer awning-awning nie  dan disebab itulah kami kanak2 menjadi kreatif.

Potong transparent yang buat buku scrap or buat buku folio tu, potong 4 and siap.. jadi lah awning dalam tudung.. kalau berpeluh tu mmg basah lah plastic kat tudung tu.. hewhew.. hahah

Tutup kisah tudung sekolah

Next is tudung bawal.
Tudung bawal pertama yang ada dalam almari dan sehingga hari ini boleh pakai lagi adalah bawal dari Terengganu.. haaa! Kan.. lama tu…. Berapa tahun dah tu… bawal tu mmg lah sangat amat bagus kualiti nya.. dulu tundung bawal mahal.. dalm rm30=rm40 tau sehelai..

Tu belum masuk lagi bawal zaman batu.. maksudnya dulu ada bawal Batu 1 lah, bawal manjalara lah, bawal double line.. dan macam2 lagi.. kemahalan bawal batu ini terletak pada berapa bnyak pantulan cahaya yang boleh dibuat oleh batu itu dan jenis kaen bawal no 1 ke, no 2 ke no 3 ke..

Ada juga bawal yang no3 tapi pakai batu 1.. mmg tak cantik lah sebab keras nya lah amat kaen..

Tapi lately dalam 2-3 tahun nie, banyak dah jual bawal jenama antaranya Senorita, kangaroo, aidijuma dan jenama dari para-para penjual diluar sana..bawal plain lah katakan..


Bawal plain kian terkenal dikalangan remaja kerana sedap dipaki, mudah dan ringkas kan… namun begitu, bukan harga yang perlu di titik beratkan sebab quality mesti didahulakan.. sekarang tudung bawal 

Boleh kata dah banyak lah jenis tudung bawal pernah dibeli, dipakai dicuba.. dari rm3 sehingga lah rm124 ringgit sehelai. . dari kerawang berbatu sehinggalah plain =)

Langkah berjaga-jaga ketika nak beli tudung bawal terutamanya kalau beli online.. sebab tak puas hati dan tak pegang kan.. so tak leh nak klebet-klebet kan . . so beware yer . 

beriku adalah situasi ketidaksempurnaan tudung bawal . .

1. Dihujung tak bersambung 





3. jahitan tepi
    Pilih jahitan tepi yang rapat sbb lebih nampak kemas dan cantik . . dan hati di setiap hujung tudung tu mungkin ada terselit kain terlebih macam contoh tudung biru dibawah ini.. kalau beli di jalan tar mampu lah kita tilik kain tudung tu habis-habis tapi kalau beli online, kena redha jer dan yakin bahawa penjual dah jual yang terbaik untuk kita..



Jangan salah kan penjual tu sbb mungkin dia tak perasan kan..




untuk tips jaga tudung bawal nie pula


  • Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
    1. Rendam seketika dengan sedikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur.  Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
    2. Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk. Tapi saya akan letak kan softener dengan kuantiti sedikit. untuk sebaldi air, hanya satu penutup downy.
    3. Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
    4. Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
    5. Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
    6. Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.


    p/s : aha.. so.. sapa ada kisah or tips nak jaga tudung bawal boleh lah share yer!








    2 comments: