Semalam, Hari ini, esok [2011-2012]

by - Saturday, December 31, 2011

Semalam,

Tinggi rendah letak kita semalam, semua sudah jadi kisah klasik untuk moment ini.

Semalam adalah kenangan, yang tak boleh di delete tapi boleh digunakan lagi untuk meresolusi permasalahan, segala yang berlaku ada hikmah yang tersurat

Hari ini,

Satu hari yang sama, mencuba memenuhi azam 2011 dengan masa yang berbaki, bermuhasabah diri dengan segala yang pernah dilakukan sepanjang tahu,

Tangisan, gelak tawa, senda gurau yang pernah dituturkan,

Melukakan hati secara tidak sengaja

Ampun maaf diminta andai ia berlaku

Esok

Dan bila esok, semua hanya satu bias pada cermin pandang sisi yang bukan selalu kita pandang lama.

’Biarkan saja. Semua itu sejarah kamu yang dah lepas-lepas. Biarlah kita ukir bunga teluki baru untuk esok-esok yang kita hajatkan’

Dan tiada siapa yang hina untuk semalam dulu; selagi kita tau mana

harus berpaut saki-baki kederat yang ada, untuk keluar dari sengsara.

Biarlah yang berbekas itu hanya kekuatan jiwa dan diri yang lebih

nampak dari parut-parut luka yang dalam tertusuk perit kelmarin.

’Sisi tangis mu dah lenyap kelmarin dulu; dan

hayat yang berbaki ini lebih bermakna dan tahu tuju-tujunya.

Jadi, takkan aku rugi untuk semua itu bukan?’

Sesekalipun jangan diulang sentuh parut yang mula hilang,

takut bernanah dan membusuk lebih teruk dari asalnya.

Biarkan yang lepas terus lepas, dan jadi kita yang lebih kita hari ini.

Biar kita mula kosong-kosong.

”Maaf. Kita mula semula.”
”Hai, selamat berkenalan. Saya Ili Aisyah binti Kadir

Semalam itu sejarah,

hari ini bakal hilang,

dan esok belum tentu.




p/s: esok 1 januari 2012, hari pertama exam.. ahaks, doakan ili aisyah binti Kadir mohideen ni berjaya mengharungi final exam untuk 2 minggu yer... terima kasih atas doa anda semua.. dan inilah entri terakhir untuk tahun 2011..
ok, dah boleh study =)

You May Also Like

0 buBbLes