Bosan Belajar... Ayuh Kembalikan Semangat

by - Tuesday, December 27, 2011



Urm, susahnya ingin memberi tumpuan ketika belajar. Ada sahaja aktiviti yang mengganggu dan yang paling teruk apabila penyakit malas datang. Bila tumpuan hilang, buku pun entah ke mana. Tentu kamu juga mengalami perkara yang sama bukan? Jom ikuti tip mendapatkan tumpuan ketika belajar.


Mendengar muzik


Alunan muzik merupakan terapi yang baik kepada minda. Muzik kegemaran dapat membangkitkan semangat untuk belajar. Mendengar muzik sambil mengerjakan tugasan dapat memberikan kamu mood yang baik serta menenangkan fi kiran. Jangan sesekali kamu mendengar muzik rock atau yang keras kerana ini akan menambahkan lagi serabut di kepala dan menghilangkan tumpuan kamu untuk belajar.


Belajar di perpustakaan


Tempat yang sunyi dan tenang dapat mengembalikan tumpuan kamu seratus peratus terhadap pelajaran. perpustakaan merupakan pilihan yang tepat kerana suasana dan persekitarannya sangat sesuai untuk belajar. Kamu bukan sahaja dapat belajar dengan tenang tetapi dapat mencari maklumat kerana perpustakaan mempunyai banyak buku dan bahan ilmiah untuk dijadikan rujukan. pilihlah tempat yang strategik untuk mendapatkan keselesaan semasa mengulang kaji pelajaran.



Belajar lebih awal dan teratur


Jangan sesekali mengulang kaji pelajaran pada saat akhir kerana ini akan menyusahkan diri kamu sendiri. Sebagai pelajar, kamu seharusnya membaca dan mengulang kaji lebih awal supaya kamu tahu apa yang ingin dibincangkan oleh pensyarah. Amalan belajar lebih awal ini akan memudahkan kamu untuk bertanya dan berdebat dengan pensyarah tentang soalan-soalan yang kamu tidak faham. Dengan cara ini kamu sudah memahami apa yang ingin diterangkan pensyarah dan kamu tiada masalah lagi untuk menjawab kuiz atau tugasan yang diberikan.

Pilih teman belajar


percaya atau tidak, mood belajar sering kali dipengaruhi teman-teman di sekeliling. Kamu harus bijak memilih kawan untuk membantu menaikkan semangat kamu dalam pelajaran. Elak memilih kawan yang banyak bercakap kerana ini bukan sahaja menghilangkan tumpuan kamu ketika belajar tetapi dikhuatiri kamu akan menyertainya sekali. pilihlah kawan yang betul-betul mahu belajar dan boleh membantu kamu.


sumber: remaja punya majalah

You May Also Like

2 buBbLes