Revie cerita : Datin Ghairah

by - Friday, December 30, 2011


aku ingat at first cter ni best sbb ade aaron aziz kot blakon.. dah lah ngan maria farida yang da boom to tapi bila tngok..

istigfar banyak2 lah jugak
boleh plak cter cam ni ada.. ntah lah....


Datin Ghairah : Sedih tengok filem camni

Tersentak dengan satu artikel yang menyatakan Aaron Aziz hilang taring kerana Datin Ghairah tak dapat kutipan macam Ombak Rindu (wtf?), saya memang berkobar2 nak tengok filem ini, ape kejadah wartawan ni cam blame Aaron, ke cerita tu memang cincai?.

Ternyata anggapan saya betul, kalau Tom Cruise yang berlakon pun otak agak lembam selepas menonton filem ini, jalan cerita terlalu ringan mengalahkan drama rekaan budak2 universiti, hanya mengharapkan daya tarikan Maria Farida dan Aaron Aziz sebagai sebab untuk orang menonton filem ini. Tak caya? Jom baca review kat bawah… er, maaflah kalau review ni nampak macam Chef Wan pulak yang tules..haha

Sinopsis :

Datin Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah adalah balu kepada arwah Datuk Mahfuz, seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Emelia dan Emelda ialah dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka selama hampir 20 tahun bersama.Setelah hampir dua tahun Datin Ghairieyah berstatus janda, dia bangkit untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya. Sufian yang merupakan rakan karib arwah Datuk Mahfuz sedaya upaya cuba untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepenti ngan perniagaannya.Akhirnya hubungan antara Datin Ghairieyah dengan Sufian semakin intim. Perbuatan dan sikap Sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga di hati Datin Ghairieyah

Datin Ghairah : Sedih tengok filem camni

Review Kakiwayang.com :

Firstly nak ucap tahniah la kat krew Datin Ghairah sebab as per date review ini ditulis, check dalam web Finas dia dah kutip sebanyak RM0.36 juta. At least dia telah berjaya keluar dari bottom 3 kutipan filem 2011 yang mana masih disandang oleh Apa Tengok-Tengok (0.19 juta), Toyol Nakal (0.19 juta) dan Ratu the Movie (0.20 juta).

Kedua, aku tak tahu kenapa tajuk dia Datin Ghairah, mungkin daya penarik. Tak la melambangkan jalan cerita sangat. Tapi sebenarnya orang macam aku segan kot nak beli tiket, pasti tersengih2 orang yang koyakkan tiket tu. For me, Malaysian still got adab dan rasa segan la nak beli benda2 berunsurkan porno camni, lagi2 benda tu nak pergi tengok kat wayang. And then lepas orang semua berperang maya pasal adegan ranjang Ombak Rindu, seminggu lepas tu cite ni plak keluar..what do you expect? Mungkin la sex sells tapi bukan filem di Malaysia ni, CD pirate mungkin.

Datin Ghairah : Sedih tengok filem camni

True winner dalam filem ni adalah Maria Farida. Filem ni merupakan platform untuk beliau menyerlahkan diri beliau. Dah la hot, cun dan single, filem ini memang membuatkan lelaki tak tentu arah menonton Maria Farida, ini termasuklah aksi Maria Farida terhenjut2 naik kuda di babak awal filem yang pada aku tak perlu wujud dalam cerita ni, tapi sebab nak tonjolkan betapa hotnya Maria ni, maka babak itu wujud.

Dari segi jalan cerita, terasa agak keji bila di hujung cerita rupanya Aaron dan Joey tu adalah polis yang menyamar. Konon nak gempak la kan, bajet penonton terkejut dan dramatic. Ye memang terkejut, sebab banyak gila babak yang menidakkan diorang sebagai polis. Antaranya baca surat khabar baru dapat tahu ada iklan jadi cikgu di Langkawi then nak apply, I thought benda ni semua dah well-planned by pihak polis? Nampak cam diorang ni kutu rayau yang desper nak cari duit. Pastu struggle nak make-up Aaron dan Aaron struggle nak menyamar sedangkan diorang ni kan polis, sila la rajin sikit tengok Big Momma. Lagi satu, Derus Lee takde kunci pendua rumah, dah la 2 orang je dok umah tu, pastu polis yang sedang mengintip, so takkan benda cam kunci pendua rumah pun terlepas pandang? Ada ke polis yang digelar tuan tapi selekeh camtu. Dah la Aaron tu sedang menyamar, kalau Derus Lee tu bukan polis takpe juga.

Datin Ghairah : Sedih tengok filem camni

Ito dan rakan Kelantannya itu memang semak dari awal sampai akhir cite. Dah la tak tau dia siapa sampai ada dalam meeting ngn Maria Farida tu. Pastu babak dia memang tak keluar suara lansung. Aku rasa memang semak la. Babak tu pendek tapi dipanjang2kan dan semak. Sekadar pencuri nak salam 8-9kali. Aku boleh teka la dia tu sapa, tapi memang tak proper kalau dah namanya filem, teknik penceritaan tu improve la sikit. Pengenalan dan perkembangan watak namanya.

Orang kata filem Melayu tak detail. Aq memang tak bersetuju, tapi hanya mampu diam apabila menonton filem ini. Aaron ditipu jumpa Datin pada jam 7, tapi dekat tepi laut tu cuaca sangatlah siang tak macam pukul 7 lansung, cam 2petang. Then, bila Ito mencuri tu, tak pakai sarung tangan lansung, ape bangangnya? At least Alamak Toyol tu bijak gak la pakai sarung tangan. Pastu konon Hairie dah tengok kat CCTV, amboi, ada CCTV, tapi takkan la benda basic cam check cap jari pun tak terpikir..memang LOL la..

Begitu juga dengan pelakon tambahan dalam filem ni yang selekeh cam tak dibayar, awal2 filem ada gengster serang tu aq dah tergelak2 dah, tak horrified lansung seperti yang digambarkan Datin. Pegang pistol tapi takut nak tembak pastu dok dekat2 supaya senang Yank tu nak sepak empat-empat serentak. Pastu time Datin kene culik malam tu, kamera focus dekat hadirin jup, aq tengok memang ada yang siap tersengih2.. ni belum cerita pemain gitar time malam tu yang memang nampak cam malas dan dipaksa duduk situ.

credit to kakiwayang.com

You May Also Like

2 buBbLes