Tuesday, March 06, 2012

Bergelak sambil membeli =)

Sudah Lama rasanya tidak menghupdate blog pasal holiday-holiday nie . . weekend kali ni menghabiskan mase bershopping bersama voucher buku yang dapat di MPH. . aha... ni antara buku yang berjaya dibeli.. walau bagaimanapun, masih ade baki lagi rm50. . pandai tak we all berjimat.. bnyak kot buku beli kat mph nie. .

okay. . al kisah nya perjalanan ini bermula dengan berdiri tegak di booth adijuma sbb nak beli tudung murah


seawal jam 9 pagi lagi saya dan encik jantung hati sudah berada di depan booth

mak aii, ingat kan datang awal takde orang rupanya sanggkaan itu teramatlah silap. dah ade orang menunggu booth itu buka rupanya. . aha, apa lagi, dengan beg dan kamera as reference nak beli tudung, makanya saya pon terjah masuk dalam booth yang kecik tu, alangkah terkejutnya tengok tudung2 dalam tu dilongggokkan sbb baru closing katanya, nak terima stock baru katanya,

makanya, saya pon bersila sambil memilih tudung.. memang syurga disitu =)

murah saja dan kain nya tidak jarang dan bidang 45 nya tidak lah sekecik beli tudung kat batu 6. . semua nya standard saja. mutu kaen sangat memuaskan.

segala pesanan tudung sudah dipilih dan membayar sebanyak rm200 hengget (kira lah berapa helai tudung i beli) hihi, spae nak tempah dipersilakan. . rasa macam nak jadi dealer plak dari datin norjuma ni =)

kemudian kitorang pon memanjangkan langkah menonton Adnan Sempit 2 . .
kelaka sangat tngok adnan sempit ni

tak pernah plak tengok cter lawak dan gelak segelak-gelak nya


Menitis air mata aku tengok filem ni!! Huuu kenapa menitis air mata pulak? Bukan best ke filem ni? Haaa disebabkan filem ni kelakar tak hengat lah aku gelak sakan sampai menitis air mata!!! Haaa jangan mengamuk ye semua.. Semuanya gimik semata-mata. Kihkihkih~

Pengarah filem ini, Ismail Bob Hashim berpendapat yang beliau masih perlu mengekalkan sebahagian besar elemen dan konsep asas dari filem Adnan Sempit yang terdahulu. Beliau tidak mahu melakukan perubahan yang terlalu ketara. Bagi aku tugasnya agak berjaya jika ingin memperkatakan mengenai pengekalan konsep asas kerana tidak banyak perubahan yang aku lihat.

Yang penting elemen humor itu mengisi filem ini sepanjang ia ditayangkan dan membuat para penonton melekat di dalam panggung. Kalau rasa nak pergi toilet tu, agaknya sanggup tahan dulu sebab taknak tertinggal satu babak pun filem Adnan Sempit 2 ni! Pada pandangan aku, elemen humor itu banyak diterapkan di dalam dialog, seperti penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak tepat oleh watak Adnan, Bobby dan Ismad.

Namun pun begitu babak kejar-mengejar antara Adnan dan Bobby dirasakan terlalu lama dan semakin lama semakin kabur motif sebenar babak itu. Aku juga menjangkakan tagline baru akan diperkenalkan dan bakal disebut-sebut ramai tetapi semuanya kelihatan sangat sama dengan filem pertama. Tetapi nampaknya seperti itulah tujuan filem ini dibuat, untuk tidak melakukan perubahan drastik.


sesampai nya kat MPH plak, sesi mencati dan menhabeskan voucher plak.. hihi... tak sangka lawak manisnya kurma ini pon dah dijadikan buku.. hahahaha

antara buku yang di beli ofkos la komik.. ade sepuluh komik semuannya...


kemudian ditambah juga dengan 3 buku masakkan ni. . hihi.. saje jer beli sbb buat bekalan nak kawan nanti.. siap ade meal for two lagi.. resepi nya ringkas dan mudah sangat2

ni buku buku saya. . aha.. hajat di hati nak beli think positive tapi yang tinggal hanyalah berfikir positif so tibai saja lah.. takat hari ni abes dah 1 bab.. buku buku ni buat bekalan dikala bosan2 menunggu ke kan.. n baca tyme tak boleh tido.. time time insomnia ke...


kat sini ade gambar pasal anne frank punya buku, selepas di suggest kan oleh mph online n yana, macam best tapi tak start baca lagi =)

bnyak kan buku tapi stil ade baki masing-masing rm50 =) kena balik n shopping lagi ni =)

pandai kan saya berjimat, bnyak buku dan murah =)

2 comments: