Tuesday, November 15, 2011

Perubahan.merubah.berubah


hai kawan-kawan, hari ni saya sangat puas hati sebab dapat tidur sekejap before zohor dan kelas.
hilang jugaklah mengantuk yang tidak terhingga ini.
okep peeps, bercakap mengenai perubahan banyak kata-kata ilmuwan mengaitkan ia dengan penghjrahan.

bila teringat akan penghijrahan makanya teringat jugak maal hijrah yang bakal menjelma tidak lama lagi.
bila maal hijrah, akan teringat kisah sejarah rasulullah SAW bersama sahabat =)

okep, perubahan. . .

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الْمُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَهَجَر مَـا نَهَى اللهُ تَعَـالَى عَنْهُ

(رَوَاهُ الطَّبَرَانِى وَصَحَّحَهُ الْبَـانِى)

Dari Abdullah Bin ‘Umar (RA) katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: " Sebaik-baik orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. "
(Hadis Riwayat al Tabarany dan Sahih menurut Syekh Nashiruddin Al Albany)

iya. .
setiap manusia sering berubah-ubah kan dan semestinya mahu miniggalkan perkara yang buruk terutama sekali perkara yang dilarang oleh Allah.
usaha dan usaha tak pernah putus dan sentiasa kita berdoa untuk mendapat keberkatan nya, ditunjuk jalan kebenaran nya

tapi dalam apa yang kita lalui setiap hari, ada sahaja perkara yang melalaikan
dan ada jugak perkara yang tak boleh nak dielakkan
contoh nya macam bisikan syaitan yang mempengaruhi perasaan kita
perangai kita... susah benar nak berperang dengan syaitan tapi usaha itu sentiasa ada walaupon
orang laen tak nampak cukup lah hanya kita dan Allah yang tahu

manusia tidak sempurna
people change all the time
so perubahan manusia ni
jangan lah dipertikai kan dan diperlekehkan
andai mereka berubah demi kebaikan

kan?
do NOT judge a people whats on their head but in their head okep

aku tiada lah sempurna dan sentiasa berubah untuk menjadi sempurna seperti gambar ni

tapi untuk berubah tu, takes time kan so chill lah, usaha tu umpama macam esok adalah hari last, nak berubah bukan dari segi fizikal kan,

kena lah berubah sikap daripada pemalas kepada rajin bekerja,
daripada syirik kepada tauhid,
daripada amalan bid'ah kepada sunnah,
daripada kebodohan kepada ilmu pengetahuan,
daripada derhaka kepada orang tua kepada taat dan bersopan santun kepada mereka,
daripada suka melihat cela orang lain kepada suka melihat cela diri sendiri,
daripada riak jika beramal kepada ikhlas semata-mata kerana Allah,
daripada beramal hanya ikut-ikutan (taqlid) kepada beramal dengan berdasarkan ilmu (ittiba')
daripada hanya memikirkan bekalan untuk hidup selesa di dunia kepada juga memikirkan bekalan yang bakal dibawa untuk akhirat negeri yang kekal abadi.

see.. . kan banyak kan menda yang dah disenaraikan untuk berubah
dan bila dah berubah tu kan, jangan lah hati kita tidah istiqamah
ya.. benar... susah nak berterusan tu tapi cuba untuk berterusan insyaALLAH boleh =)

kadang kala ada juga yang berubah dari segi fizikal tapi dalam hati mereka masih mempunyai hasad buruk
dengki dengan orang lain dan seperti
membanggakan diri bahawa mereka itu baik (dari segi fizikal lah)
tapi dalam hati biarlah Allah yang tahu

kerna ada jugak orang beramal hanya ikut-ikutan dan bukan berdasarkan ilmu dan hati


مَنْ يُرِدِ اللهُ بِـهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ

Barangsiapa yang Allah menginginkan agar ia menjadi orang yang baik-baik, nescaya Allah akan dorongkan dia agar memahami selok belok agamanya.
(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaih)


Allah sendiri akan mendorong kita agar memahami selok belok agamaNya


setiap apa kita buat, buruk atau baek, apa yang kita tuturkan bagus atau tidak, semuanya adalah kita

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11).

mengubah diri sendiri dan factor perubahan
setiap satunya itu, mestilah dikaji mengapa

adakah kerana nak menunjuk
atau kerna ALLAH
adakah kerana atas dasar sbb bersekolah agama
atau kerana AgamaNya

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ(147)

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali kali kamu termasuk orang-orang yang ragu". (Al Baqarah: 147)




1 comment: