Tuesday, September 06, 2011

Hantu Bonceng Ahmad Idham [sinopsis]


p/s : hari ni plak jumpa ngan tuan pengarah kan..seb bek dah pg tngok hantu bonceng dengan incik Jiwaragajantunghati pada hari sabtu hari tu =) thanks ahmad idham sbb wat cter sampai gelak tumpah air mata =)

p/s/s: ahmad idham friendly gler wa cakp lu tooook. Ape ceLLUP. . . dea siap cakap agi “ terima kasih tngok hantu bonceng” siap sembang sket ngan dea wahhaha.. ku ingat kan dea sombong padahal tak pon series ta sombong uh

. . . Meh nak Cerita PasaL Hantu Bonceng. . .


Filem ke 23 Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, lakonan: Zizan Razak sbagai RAJA ATAS TAR, Juliana Evans sbgai MAYA (hantu) dan AYU(bohsia,adk maya), Jue Aziz sbagai HALIMATON, Dottie, Tai, Zahid AF sbgai DR.ISMAIL dan ramai lagi, mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket adalah sebanyak RM 1 juta untuk setiap hari tayangan.

Perkiraan kutipan tiket - 31 Ogos sehingga 4 September 2011, di 80 pawagam, serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei. Dengan jumlah kutipan tiket sebanyak RM 5 juta ini, menjadikan lebih 500 000 (Lima ratus ribu) penonton telah menonton Hantu Bonceng di pawagam.

Jalan ceritanya kan: emmm zizan kene race ngan lelaki mane ntah pastu menang dapat awek, dapat awek nama MAYA ni dari kampong so naek jer lah moto ngan zizan, kuar jer simpang uh ade lori kuar kat simpang jalan, zizan pon menjerit, maya pon menjerit pastu zizan lompat turun dari moto, lori pon langa maya. Maya pon mati jadi hantu.. hahaha pastukan, hantu maya pon menghantui hidup raja atas tar yang penakot ni.. pastu cerita punya cerita punya cerita, rupanya si maya ni ade kakak name AYU. Ayu ni bohsia kat kelap abang JUE AZIZ atau TON. TON ni nurse kat hosp yang zizan selalu masuk . . hahahahaha… dialog dalam cter nie best… kelaka kot.. Jue aziz panggil zizan “ucuk” zizan panggil jue aziz “baby” hahahaa… pastu cerita punya cerita, si zizan ni tangkap lentok kat ayu.. sbb ayu ni dok umah zizan.. ayu nie bg zizan makan nasik kangkang.. hampeh jer.. sementara tu, hantu maya nie nak zizan sempurnakan mayat dea.. hahaha.. pastu tyme ayu nga wat nasik kangkang, kantoi kat TON, so baru reveal semua kekusutan dan perkaitan antara ayu,maya,zizan, abg ton dan semuanya…. hehehehehe



SINOPSIS HANTU BONCENG

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.



Tambah Ahmad Idham lagi, “Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini. Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara.”

“Selain itu, sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima berterusan untuk memastikan ‘Hantu Bonceng’ mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan, dan kita akan dapat berbangga dengan produk filem sendiri,” tambah Ahmad Idham lagi.

Hantu Bonceng masih membonceng di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket. Tempahan awal amat digalakkan, samada melalui pembelian kaunter mahupun dalam talian.


4 comments: