Friday, May 11, 2012

TJ : SoLat di awal waktu jgn tangguh

Photobucket 
Ramai di antara kita yang sudah dipilih oleh Allah untuk solat pada awal waktu, tetapi belenggu nafsu dan bisikan syaitan mendorong kita untuk menangguhkan seruan yang Maha Agung. Kita seringkali lalai dengan hiburan dan keseronokan dunia yang sementara. 

Petikan daripada novel Seindah Mawar Berduri 
karya Fatimah Syarha Mohd Noordin:

"Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah SWT untuk terus lalai dan jauh dari-Nya, sebagaiman ingatan Allah dalam Al-A'raf(17): ayat 179 yang bermaksud:

"dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai...'

Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda:
'Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.'

Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang-jarang je. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah-Nya itu. Taufiq dari-Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersed
ia,"

walau terpaksa macam mana sekalipun solat diawal waktu itu amat lah amalan yang dituntut dan cuba untuk solat diawal waktu tanpa
mengganggu orang laen contoh nya jika kita ada test jam 5 petang, dan ada kelas dari pkul 3 hingga 4.30 ptg maka nya jam antara 4.30 petang itu haruslah pergi solat asar
dan bukan membaca untuk test

kerana, mudah-mudahan masa jawab test tu Allah akan bantu dan mungkin selepas waktu 5 ptg itu akan ada urusan lain..

tanguh atau procrastination adalah sesuatu yang tidak dituntut yer

1 comment: