Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
dan juga
Pada 16 Jun 2011, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.Sempena Gerhana Bulan Penuh ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama
Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 16 Jun 2011 jam 1:00am hingga 7:00am.
Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Orang awam boleh juga membawa teleskop sendiri untuk program ini.
Bagi 1000 orang pengunjung terawal,
akan diberikan sekotak Eclipse Mints,
sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
Aturcara Program adalah seperti berikut:
1:00 a.m. – 7:00 a.m. Pencerapan Gerhana Bulan Penuh, Pencerapan Planet Musytari, Marikh dan Zuhrah,Sesi Astrofotografi,Taklimat Gerhana, Kuiz Gerhana3:00 a.m. – 4:00 a.m. Solat Sunat Gerhana Berjemaah
7:00 a.m. Bersurai
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484 atau emel kepada kamilau@angkasa.gov.my (Cik Lau) / asmidarz@angkasa.gov.my (Cik Asmidar).
waaa..gile seronok..
ReplyDeletemcm mnarik jak..
ReplyDeleteNEW MOZILLA AURORA and MOZILLA NIGHTLY !!
cik asmidar : jemput lah datang ye... :)
ReplyDelete