Tersedak Susu, Salam Takziah Diba | Aunty Ili sayang Is

by - Wednesday, December 07, 2016



Assalamualaikum, 
Semalam magrib dikejutkan pemergian anak sahabat rapat saya , Iskandar akibat tersedak susu. Tersedak susu dari tempat asuhan. Saat ibunya ambil, anak dah meninggal dan selepas post mortem, estimated time off death dalam jam 1.00 tengahari.
Too Adiba, Salam Takziah dari Lhia sekeluarga


Tenang Lah Is disana, Aunty Ili sayang Is sangat walau sekejap kita baru berjumpa. Aunty sayang Is sangat sangat
hmmm kawan-kawan kalau anak tersedak susu sangat la bahaya. please elakkan

ni saya share dari blog ibudoakan.

Ibu bapa perlu mengambil tahu punca terjadinya kes seperti  ini berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu. Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.

1. Posisi bayi tidak betul

Insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol. Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas.
Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

2. Injap tidak matang

Masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu. Dan ia berlaku kepada bayi yang berusia berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.
Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk . Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.

3. Proses menyusu yang tidak betul

Ada juga ibu atau pengasuh yang membiarkan anak memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak. Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.
Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka. Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman.

4. Anak tidak sendawa selepas menyusu

Tolong pastikan anak sendawa selepas menyusu. Ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur. Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah.
Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ialah tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke 

You May Also Like

0 buBbLes

SiLa Lah KOmen dan Beri ucapan ke.. kata2 semangat ke.. atau sebarang pertanyaan akan dijawab =) didahulukan dengan ribuan terima kasih yer