Tiada cerita menarik

by - Sunday, September 29, 2013

Photobucket


Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin kau untukku

Dah lama rasanya tak mencoretkan apa hati berkata. Alhamdulillah sekarang ni pekerjaan sudah tetap, permanent income pon dah ada, dah boleh bahagi2 dah gaji untuk komitmen-komitmen hidup.

Rasa bersyukur sangat-sangat Alhamdulillah dapat kerja dalam bidang yang dipelajari. Walaupon tak menggunakan semua mata pelajaran selama empat tahun dalam ijazah nie, tapi dua- tiga subjek sangat berguna lah.. eh.. 4-5 subjek juga lah..

Walaupon less than 10 subjek im using.. tapi kerinduan dalam hati ni Allah saja lah yang tahu betapa kuat nya hati ini nak belajar cell biologi, nak belajar plant physiologi, nak belajar microb dan yang paling rindu sangat sangat sangat sangat teramat nie nak belajar tissue culture kembali. 

Aduh ya Allah, rindu sungguh nak sambung belajar tapi tak mampu lagi diri ini nak belajar kembali.

Walau bagaimanapun, setiap weekend and almost every night juga akan buka balik buku Campbell, buku cell biology, buku plant breeding supaya otak ini tidak lupa akan ajaran-ajaran yang pernah dibelajar satu ketika dulu dan setiap hujung minggu akan buat balik latihan-latihan yang ada.. buat math ke, blaja sains ke.. simple thing yang shud know and always remember. Ini lah satu-satu nya cara yang boleh ingatkan diri tentang perkara yang pernah diajar…

Banyak lagi perkara yang perlu didahulukan.. cukuplah belajar ijazah sarjana muda nie untuk sementara. Bila dah kerja, mula lah kan nak ade komitmen and of coz komitmen pertama bayar balik pinjaman kewangan pelajaran kan dan yang kedua, dengan hasil kumpul duit masa training dekat Melaka (and ditambah sikit dari org lain, sikit) makanya cukuplah duit untuk membeli sebuah asset yang di panggil kereta.

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah sudah genap 6 bulan kereta di bayar sendiri tanpa delay .sebenarnya, kalau ikut hati ni, kalau ikut hati nie hati yang tak berapa nak bersih nie, yang perlu diclorox kan nie, mmg malas lah sangat teramat nak bekerja.

Bangun jer pagi dari tidur akan secara automatic otak berpikir, “argggh..malasnya nak kerja” “nak tidur” n macam2 lagi… bila terpk macam ni cepat – cepat counter attack dengan.. “eh, kene kerja, nak gaji kan, nak ilmu kan” “ bersyukur sket” orang lain tak dapat nak kerja, hari-hari carik kerja.. ni dah ade kerja nak malas-malas plak.. ape lah

Lalu pon bangun lah g mandi dan pergi kerja…. Tup tup tup dah lebih setengah tahun dah kerja dekat kuala lumpur nie.  Dan dalam tempoh lebih dari setengah tahun nie la berat badan pon dah bertambah 6 kilo . bahagiakan.. makan jer kerje nyer.

sekarang kurang plak rasa nak upload gambar sendiri sebb nyer kelebaran pp bertambah.. huaaa


Cepat doakan supaya daya dapat kurangkan berat badan dan menjadi lebih sihat dan lebih bertenaga yer.

Ok, sampai sini jer dulu.. esok sambung lagi yer.




You May Also Like

0 buBbLes