Mengapa hati dan jiwa tak tenang?
- Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Memaafkan Atau Sukar Memaafkan
- Menggunakan sesuatu yang haram & tak terfikir tentangnya
- Hati tidak tenang kerana selalu melambatkan-lambatkan solat
- Hati tidak tenang kerana tidak membaca Al-Quran lebih dari 3 Hari
- Terlampau Berkira dan Kedekut
Apa yang harus kita buat?
Buangkan sikap negatif dalam diri kita. Mudahkan untuk menolong orang lain, sentiasa senyum dan jangan kedekut untuk mengeluarkan sedekah.
Kerana kita kena yakin setiap kebaikan yang kita buat itu akan dibalas oleh Allah dengan beribu-ribu kebaikan dan rasa hati yang tenang.
Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.
Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.
Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.
Tapi sebenarnya kita silap.
Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.
Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.
Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.
- Salah satunya ialah kerana badan dan otak yang kekurangan nutrisi.
Terus kepada nutrisi untuk badan dan otak supaya jiwa dan hati lebih tenang.
- 1. Vitamin-vitamin B :
- Vitamin B seperti asid folik berfungsi membina sel-sel otak yang baru serta menyokong fungsi serotonin.
- 2. Omega-3 : 18% daripada berat otak kita adalah terdiri dari omega-3. Kekurangan Omega-3 memberi kesan besar kepada mood, kawalan tekanan serta ingatan.
- 3. Vitamin D : Biasa kita dengar Vitamin D bagus untuk tulang, untuk penyerapan kalsium secara optimum kan? Sebenarnya Vitamin D juga sangat diperlukan untuk otak menjalankan fungsinya dengan baik.
- 4. Asid Amino : asid amino yang diperlukan oleh badan tidak dapat dibina oleh badan kita sendiri, jadi ia harus diambil daripada makanan atau minuman. Kekurangan asid amino menjadikan seseorang tidak dapat mengawal perasaan, kurang motivasi, terlalu beremosi, depresi
No comments:
Post a Comment