Saturday, May 27, 2017

Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa

Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa:



1. Bermula dengan kurma …
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul2. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan 10 biji :D … 1-3 kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

2. The 20 minit Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20mini)
Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti lah makan sebelum kenyang”

3. Target Kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:
Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
Sumber protein yang berkualiti:  seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
Last sekali baru makan sikit kuih & manis-manisan.

4. Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.
Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu  “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi tak lah panas mendidih.
Air kosong: Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori.Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air - nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy. 
Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan,

5. Buffet Tip: Sebelum berbuka, recce hidangan buffet terlebih dahulu dan cuba rancang nak makan apa. Bajet sikit ruang untuk manis-manisan dan ingat tip “20 minit”.


________________________________________________________________
 Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda

No comments:

Post a Comment