PENTINGNYA SUPPLEMENT UNTUK MENGHADAPAI GEJALA MENOPAUSE
Setiap hari, tubuh memerlukan pengambilan nutrisi yang cukup agar boleh menjalankan fungsinya dengan baik. Nutrisi boleh diperolehi daripada makanan seperti sayuran dan buah-buahan. Namun, tidak semua orang dapat mengambil sayur dan buah-buahan dengan baik. Oleh kerana itu, demi menjaga tubuh tetap mendapat nutrisi yang mencukupi, seseorang individu itu memerlukan makanan tambahan (supplement).
Supplement merupakan makanan sampingan dan bukan pengganti makanan. Supplement pada umumnya mengandungi vitamin dan mineral yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Berikut adalah manfaat mengambil makanan tambahan pada tubuh Anda:
Meningkatkan Metabolisme Tubuh
Meningkatkan Metabolisme Tubuh
Beberapa gangguan metabolisme dan pencernaan, dapat mempengaruhi penyerapan makanan dalam tubuh, yang boleh menyebabkan penurunan penyerapan nutrisi di dalam tubuh. Di sinilah peranan Supplement. Mengambil supplement dalam jumlah yang mencukupi dapat membantu meningkatkan metabolisme dan keperluan nutrisi tubuh.
Membantu Diet Vegetarian
Membantu Diet Vegetarian
Bagi anda yang menjalankan diet vegetarian, tentunya tidak mengambil sumber makanan daripada haiwan. Padahal dari suatu segi, makanan bersumber daripada haiwan banyak menyediakan sumber nutrisi penting kepada diet anda, seperti protein, vitamin dan mineral. Untuk mencukupkan nutrisi tersebut, supplement adalah pengganti yang baik untuk anda.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Oleh kerana tubuh tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri, maka tubuh memerlukan sumber vitamin dari luar. Contohnya vitamin C. Vitamin ini berguna untuk meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan penyakit, sekaligus sebagai antioksidan yang dapat membantu mengatasi kerosakkan otot semasa melakukan latihan fizikal.
Meningkatkan Kesihatan Wanita.
Apabila wanita mengalami haid atau turun darah nifas, meraka akan kehilangan begitu banyak zat besi setiap bulan. Mereka jarang mendapatkan jumlah zat besi yang cukup untuk menggantikan sel darah yang hilang. Supplement zat besi berguna untuk membantu pembentukan sel darah merah dan efektif untuk mencegah anemia. Apabila hamil, wanita sering disarankan mengambil 400 mcg asid folat sehari untuk mengurangi risiko cacat lahir. Mengambil asid folat dalam jumlah mencukupi dapat menurunkan risiko bayi lahir cacat hingga 70%. Wanita selepas bersalin dan menyusukan anak juga perlu mengambil suplemen seperti zat besi dan vitamin D untuk menyediakan nutrisi yang mereka perlukankan untuk anak mereka.
Kesihatan Tulang
Kalsium dan vitamin D sangatlah penting bagi mereka yang berada pada risiko osteoporosis. Tidak semua orang boleh mendapatkan kalsium dan vitamin D yang cukup dari makanan yang dimakan hari-hari. Alternatifnya adalah menambahkan supplement kalsium dan vitamin D sesuai dengan keperluan.
No comments:
Post a Comment