Assalamu'alaikum
and Hi ! Lets read and think
MISTERI
RUMAH BERBINGKAI EMAS
Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah
rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup
bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar,
anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.
RENUNGAN
DI BALIK PAGAR KAYU
Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi
kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia
cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa
di sana.
Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung
kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si
ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.
Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun
bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti
pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala
anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya
lagi."
KEJUTAN
DI ULANGTAHUN KELAHIRAN
Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis
manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari
ayahnya.
Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru,
"Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."
"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya
mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan.
Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya
sentuh sendiri, sedari kecil lagi.
KEJUTAN
DEMI KEJUTAN
Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini
berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia
sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya.
Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.
Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan
sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...
Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup
mengkagumkan.
Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan.
Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya.
Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.
Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat.
Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula.
Menjadi penghuni yang baru.
Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya
dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan,
kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering
dikerumun perhatian.
Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu
berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan
berlainan.
Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau
sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah
sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.
Allahurabbi . . .kembalikan aku ke pangkal jalan Mu, permudahkan lah jalanku untuk bertemu Mu
Yourstruely,
I.