Sunday, February 07, 2021

Jom Kenali Kain Kayangan, Kain Norwex

Sumber : Pinterest


Kenapa Kain Kayangan

Kain ini dipanggil kain kayangan sebab harganya. Tak dinafikan harganya agak mahal untuk dibandingkan dengan kain magic yang lain. Tetapi, harganya yang mahal itu disebabkan technology penghasilan kain tersebut dan kain ini ada warranty tau! sebab tu harga nya mahal. 

Apakah Norwex

Norwex ialah jenama kain pengelap pelbagai guna yang kini mendapat tempat di Malaysia. Ianya ada pelbagai jenis dari kain mencuci make up di muka, kain lap perabot, kain lap rumah, lantai, bilik air dan sehinggalah kain dibuat alas masakan bergoreng tanpa serap minyak. Fuh hebat kan! 

Perangkap Habuk Halus Macam  Penapis Udara

Nak beli penapis udara HEPA kadang tu mahal kan. Hah lap je guna kain di permukaan atau rumah. Kain Microfibre yang sangat halus (1/200 dari ukuran rambut manusia). Boleh perangkap habuk halus yang kain biasa tak boleh.

Self Cleaning Guna Air Je!

Norwex Microfibre boleh hilangkan kotoran daripada permukaan dengan guna air je (different cloth for different surface)

BacLock dalam kain (agent micro-silver antibakteria) mempunyai fungsi “self-cleaning”.  Tak Payah guna sabun, bahan kimia yang berbahaya, dan sebagainya.


Banyak Kegunaan Dan Fungsi Ikut Jenis Kain

Boleh membersihkan semua permukaan termasuk bilik mandi - paip, sink, bath tub, tandas dan lain-lain), dinding, tingkap, lantai, kenderaan, mainan, peralatan dapur, perabot luar dan dalam rumah

Ada warranty

Katanya kain ni ada  Warranty up to 2 years. Fuh beli kain mana kat dunia ni ada warranty kan. 

Siapa yang patut ada kain Norwex ni?

Untuk Yang Ingin Menajaga Kesihatan dan Alam Sekitar

Kepada yang nak amalkan healthier lifestyle serta yang concern untuk greener planet untuk generasi akan datang. 

Untuk Kulit Sensitif

Yang mempunyai masalah kulit sensitif, sebab untuk bersihkan hanya guna kain lap norwex dan air je


Untuk Yang Ingin Berjimat Dan Minimakan pengunaan Dan Penyimpanan Bahan Kimia

Jimat bahan pencuci sebab hanya guna air sahaja boleh keeluar semua kekotoran. 


Kenapa memilih Norwex?

  • kain gentian mikro yang sangat halus (1/200 dari ukuran rambut manusia) menjadikannya mudah untuk mengambil zarah-zarah kecil dan habuk dari permukaan dan bukan menolaknya.
  • Baclock yang mana agen antibakteria mikro perak eksklusif  kami. Mempunyai fungsi membersihkan diri, mampu menyahaktifkan 99% bakteria didalam kain dengan hanya memgeringkannya, menghalang bau dan pertumbuhan cendawan didalam kain.
  • Microfiber Norwex memiliki kemampuan untuk membuang hingga 99% bakteria dari permukaan dengan hanya AIR.
  • Kebanyakan kain Mikrofiber Norwex memnpunyai jaminan 1-2 tahun.
  • Tahan lama bertahun-tahun.