Kenapa perempuan nak kurus?

by - Friday, November 17, 2017



Dulu masa zaman belajar, malam-malam aku selalu makan nasi lemak sebungkus, dan 3 biji burger sekali gus. Badan kecik tapi selera besar. Berat badan memang tak akan naik. Tapi bila dah lepas bersalin, especially lepas dah tak breastfeedkan anak-anak lagi, tahun ni je berat aku naik 10kg. Badan memang totally dah berubah. Tak macam dulu lagi. Makan tak jaga memang berat akan naik. Bukan senang nak kawal berat badan rupanya. Baru aku tau. Orang perempuan ni janganlah kita nak komen pasal berat dia. Memang sensitif dan boleh merajuk. Lepas bersalin dah lah body out of shape, stretch marks tak hilang lagi.


Sekarang boleh dah nak invest siket siket untuk diri sendri. . (jangan nak beli Myvi2018 please)

Bila dah terlalu penat, kita akan cepat marah. Anak-anak jadi mangsa. Kadang-kadang bila sorang-sorang ni kita dapat muhasabah diri.

Dalam sibuk menguruskan hal rumah tangga, dalam tengah stress dengan semua benda, jangan lupa urusan untuk diri sendiri. Jika ada kesihatan yang baik, pergi lah buat apa yang selama ni teringin sangat nak buat. Janji jaga diri, jaga maruah suami dan keluarga.

Jangan jadikan alasan anak-anak penghalang untuk buat apa yang baik untuk diri kita. Macam aku ni, banyak benda yang aku nak ubah untuk kebaikan masa depan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Jangan malas. Sayangi diri kita sendiri.


Bak kata Fazura "just keep loving yourself". Hehehe. Remember, a happy wife, a happy life. Hang on Mummy, Ibu, Mak, Umi, Mama... You are not alone!

mari lah sama sama berusaha join more marathon n get slim and fit again =)




________________________________________________________ 
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda


You May Also Like

0 buBbLes