Friday, September 07, 2012

makin sibuk =) cara memasak dengan pantas



aHa.. tada… dah Lama kan iLi tak hupdate bLog ni, sbb nya agak sibuk dengan aktiviti trainee.. kat sini mmg susah nak ada masa untuk rileks dan bersenda gurau sbb ada je kerja dan perkara baru untuk dipelajari. Sekarang ni pon ada banyak sungguh menda yang nak disubmit keesokan harinya. Macam biasalah, kerja last minute tu tak boleh nak diubahkan. Walaupon dah start buat awal tetap suke buat last minutes touchup lah edit lah dan macam macam macam macam lagi. Aha.. banyak macam kan?
Sekarang rutin harian dah tak macam dulu dah. Dulu masa belajar jer kalau lapa boleh kuar g makan or makan maggi ke, pergi kafe ke tapi dah keje esp tempat pendalaman macam ni nak cari kedai makan pon susah nak caik, so hari2 dalam jadual kena lah masak
Alhamdulillah makin lama makin yakin dah untuk masak. Dan selalu masak untuk biasakan diri… ok, ni nak share tips memasak dengan mudah bagi anda yang bekerja..
1. Rancang Menu Dari Awal
Rancang menu untuk seminggu yang akan datang, dan terus senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Melalui cara ini, hanya perlu ke kedai sekali untuk membeli bahan2 mentah, dan mengurangkan risiko “tidak cukup ini dan tidak cukup itu” lalu terpaksa ke kedai dalam kepenatan setelah pulang ke rumah. Anda juga boleh merancang menu yg lebih sihat! Dats y shopping barang dapur twice a month untuk stock up bahan kering tu dah jadi rutin kami kat sini. 
2. Beli Bahan Mentah pra-potong
bangun awal pagi seawall 5.30 pagi macam bangun sahur adalah untuk menyediakan breakfast dan menyediakan bahan yang akan dimasak seLepas pulang dari tempat kerja. Tapi kadang2 menelan sedikit belanja, membeli sayur-sayuran yang telah dipotong (contohnya ‘frozen veggies’) akan banyak menjimatkan masa dan tenaga dalam memasak.

3. Masak 2 kali ganda
Apabila anda memasak lauk berkuah atau bersup, masaklah 2 kali ganda banyak. Separuh yang lebih boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan esoknya atau pada waktu makan seterusnya. Anda juga mungkin boleh memasak resipi lain menggunakan kuah atau sup yang disimpan itu. Selain itu, satu lagi cara adalah dengan memasak satu lauk yang utama, yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis resipi. Contohnya, memasak ayam yang boleh digunakan untuk ‘sandwich’, ‘stir fry’ ataupun digunakan sebagai inti pai.
4. Memasak untuk makan seminggu
Cara ini mungkin sesuai bagi mereka yang terlalu sibuk di hari-hari minggu. Jika anda mempunyai tenaga di hujung minggu, anda boleh memasak semua lauk-lauk untuk seminggu yang akan datang dan simpan di dalam peti sejuk atau ‘freezer’. Dengan cara ini anda tidak perlu risau lagi bila pulang ke rumah kerana makanan sudah ada dan hanya perlu dipanaskan!

5. Masak banyak-banyak dan bekukan
Jika anda mempunyai ruang yang besar di dalam ‘freezer’, anda boleh memasak dalam jumlah yang banyak dan simpan dalam bahagian-bahagian kecil untuk jangka masa panjang. Ataupun and boleh menyediakan burger atau sandwich, bungkus satu persatu dan simpankan sahaja di dalam ‘freezer’.

6. Sediaan bahan-bahan memasak lebih awal
Anda mungkin tidak mampu memasak banyak-banyak sekaligus, tapi anda mungkin mampu untuk menyediakan beberapa bahan mentah lebih awal supaya waktu memasak anda lebih cepat dan mudah. Potong sayur-sayuran dan simpan dalam bekas-bekas kecil, begitu juga buah-buahan, bawang dan sebagainya. Di sinilah pentingnya perancangan yang awal dan teliti dalam merancang menu! Jika anda tahu anda akan memasak ayam goreng petang nanti, keluarkanlah ayam dari peti sejuk sejak pagi supaya ianya telah dinyahbeku apabila anda pulang ke rumah nanti.

7. ‘Slow Cooker’ – satu pelaburan yang bermanfaat
Ramai para ibu yang menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia! Wah sungguh mudah bukan? Ada lagi bonusnya, anda hanya perlu membasuh satu bekas ahaja, iaitu periuk ‘slow cooker’ itu!

Ayuh, apa lagi rakan-rakan sekalian, tidak kira bagi yang sudah berkeluarga atau bujang, pemakanan yang sihat merupakan satu aspek kesihatan yang penting. Ajaklah ahli-ahli rumah untuk berbincang strategi bagi memastikan pemakanan di rumah anda sihat, dan yang penting, Mudah dan Cepat!



2 comments:

  1. Baguslah tips ni, tapi saya suriumah kalau masak banyak2 untuk seminggu boleh kategori pemalas la...ha2

    ReplyDelete
  2. Bismillah,

    ni yang best...makin sibuk makin pantas memasak.
    family pun kenyang dan happy...:)

    ReplyDelete