Tuesday, March 21, 2017

Tips Awet Muda

Amalan Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Sihat

Teh hijau
Teh hijau bukan sahaja pilihan yang lebih sihat berbanding kopi tetapi ia juga kaya dengan polifenol iaitu antioksidan yang semulajadi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kita nampak tua sebelum masanya.
Dengan mengamalkan teh hijau setiap hari, ia turut memberikan beberapa lagi manfaat kepada tubuh kita seperti mengurangkan kolestrol, menurunkan berat badan dan menyihatkan rambut.
Kawal tekanan
Setiap hari kita tidak dapat lari daripada tekanan. Di zaman yang serba serbi perlukan wang, kita terpaksa bekerja keras siang dan malam mencari rezeki untuk keluarga. Keadaan ini menyebabkan kita sering tertekan.
Penting untuk kita belajar mengawal tekanan tersebut agar kita tidak mendapat masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung dan darah tinggi.
Satu perkara yang Ros belajar di pejabat untuk berani berkata “tidak” jika bebanan kerja terlalu banyak. Jadinya, kerja akan diagihkan kepada rakan sekerja yang lain.
kerapkan bersenam
Bersenam dapat menjadikan tubuh kita lebih sihat. Selain itu, kita juga dapat melepaskan tekanan yang dihadapi. Bila tak tertekan, kita pun akan lebih gembira.
Ambil makanan yang seimbang
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk membekalkan nutrisi yang kita perlukan. Bila cukup nutrisi, kita pun jadi lebih bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.
Dapatkan sumber Resveratrol
Resveratrol merupakan antioksidan yang sangat powerful. Sumber Resveratrol yang terkenal adalah wine merah. Tetapi sebagai orang Islam, kita dilarang untuk minum alkohol. Terdapat satu sumber Resveratrol yang halal dan mudah diambil iaitu supplemen Vivix.








No comments:

Post a Comment