Tuesday, March 14, 2017

Omega untuk Kanak Kanak seawal Bayi

Untuk entry kali ini, Ili ingin memberi sedikit pendedahan dan pencerahan kepada semua ibu ibu betapa pentingnya untuk make sure anak kita mendapat EPA dan DHA secukupnya

Kita sering dengar tentang DHA dan EPA. Tapi, tahukah anda apa DHA dan EPA ini sebenarnya? 
  • DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan 
  • EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenali sebagai Omega-3. 
  • AA (Asid Arakhidonat) dikenali juga sebagai Omega-6. 


Baik DHA, EPA dan AA kesemuanya sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak (minda) dan pertumbuhan golden period bayi seawal dari dalam kandungan ibu.

Pada saat baru lahir, masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saat berumur 2 tahun masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa.

Jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenal dengan "golden period", iaitu masa emas pertumbuhan otak anak

Mengapa DHA, EPA, dan AA sangat penting bagi bayi?

 DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi

Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".

Dengan kata lain, berdasarkan penelitian dia atas, bayi yang menerima supplement DHA dan AA ini berkemungkinan besar lebih cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima supplement DHA dan AA.

Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Bayi Dalam Kandungan

Wanita hamil perlu mengambil 1500mg DHA dan 800mg EPA sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak - keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu dan keupayaan retina - mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir dan melihat

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita hamil yang mengambil sehingga 1100mg DHA serta 800mg EPA setiap hari dengan wanita hamil yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg. Kanak-kanak yang mendapat keperluan DHA dan EPA yang lebih tinggi ini juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko elergik.

Kepentingan Omega-3 DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protin, fiber, mineral dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kanak-kanak memerlukan kandungan lemak seperti linolenik asid dan alpha
Linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha-linolenik asid akan ditukarkan kepada omega-3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia iaitu berperanan sebagai:

  • Sistem Imun Badan - terutamanya di dalam tindak balas elergik
  • Sistem Pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
  • Baik Pulih Sel - pembentukan sel-sel baru
  • Suhu Badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
  • Tekanan Bendalir - pada bahagian mata dan telinga*sumber : Omega-3 Oils (A practical guide)


Kesimpulannya, untuk perkembangan minda kanak-kanak, sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya. Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi setelah melalui pelbagai proses?

Omega Guard Shaklee untuk menyediakan EPA dan DHA yang lengkap terutamanya dalam diet seharian sekeluarga

KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Ultratulen Bergred farmaseutikalOmega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan

Minyak Ikan Terbaik Di DuniaMengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


No comments:

Post a Comment