Friday, March 24, 2017

Tanda - Tanda Jangkitan Cacing bagi DEWASA

Assalamualaikum.
Percaya tak jika saya katakan, dalam badan kita semua ni ada cacing (parasit) yang dah lama “berkampung”. Biasanya kita hanya dengar kanak2 je yang ada cacing..kan? Tapi tau tak? Sebenarnya  alahan dan pelbagai sakit yang biasa kita kena tu semuanya berpunca daripada cacing yang beradaa dalam badan kita tau. Scary kan?
Lebih malang lagi, jangkitan parasit ni pula tak boleh didiagnos! Ubat cacing memang kita boleh makan, tapi bukan semua cacing akan mati tau. Lepas tu pulak, hanya sesetengah cacing je yang akan mati. Telur cacing masih hidup sihat dan mekar dalam dalam badan.

 10 Tanda Jangkitan Cacing Pada Badan Tanpa Kita Sedari
Haaa..kebetulan hari ni saya tengah melakukan proses detok parasit, so saya tergerak nak share serba sedikit tentang parasit ni. Untuk entry yang ni saya akan share apakah tanda2 kepada seseorang yang mengidap kecacingan.
Nanti di entry akan datang saya akan share makanan yang perlu kita ambil dan tidak boleh ambil ketika proses detox serta rawatan yang berkesan unuk singkirkan parasit dalam badan kita.

Cacing biasanya boleh masuk ke dalam badan manusia melalui 2 cara :

  1. Melalui telur cacing yang terdapat pada makanan yang tercemar
  2. Penembusan melalui kulit manusia.

Tanda – Tanda Jangkitan Cacing Pada Badan Manusia.

10 Tanda Jangkitan Cacing Pada Badan Tanpa Kita Sedari
Cacing kerawit (ancylosotomadoedenali necator americanus)

Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.

Cacing gelang (ascaris lumbricoides, ascaris suum)

Tiada masalah pada jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi

Cacing rambu (enterobius vermicularis)

Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.

Cacing dan Jangkitan Pada Badan Manusia

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.
Apabila larva menetas, ai akan berhijrah ke paru – paru sehingga matang sebelum berhijrah semuala ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, mambiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.
Hanya dengan kekuatan sistem imun sahaja kita boleh tahu sama ada kita mengidap kecacingan atau tidak?
Sebab apa?
Ini kerana apabila sistem imun seseorang itu menjadi lemah keradangan seluruh badan akan mula merebak. Hal ini terutama berlaku di usus, yang mempunyai saluran komunikasi terus ke otak melalui saraf vagus.
Disebabkan itulah saya membuat detox parasit hari ni. Semuanya berpunca daripada usus.

10 Tanda Jangkitan Cacing Pada Badan Tanda Kita Sedari.

1. Masalah pencernaan

sembelit semasa berpantang
Parasit menyerang tubuh manusia dalam pelbagai cara termasuk menyebabkan sembelit. Cacing adalah parasit yang boleh menyekat laluan nutrien ke dalam badan, dan bahan buangan dari badan keluar di pelbagai tempat dalam sistem penghadaman. Parasit boleh menyerang salur hempedu dan usus menyebabkan sistem pencernaan rosak.
Apabila ini berlaku, pergerakan usus yang normal dihalang menyebabkan sembelit. Satu lagi masalah perut yang disebabkan oleh parasit adalah kembung perut. Parasit yang tinggal di usus kecil menyebabkan keradangan di kawasan ini.
Ini membawa kepada perasaan kembung yang sangat tidak selesa. Lebih buruk jika makan makanan tertentu yang sukar untuk dihadam.

2. Tekanan Mental

stress
Ini termasuk kemurungan, kebimbangan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan bayangan aneh bahawa ada sesuatu yang tersangkut di kepala.
Usus ini penuh dengan kedua-dua neuron dan neurotransmitter, khususnya serotonin. Ia membentuk apa yang dikenali sebagai sistem saraf enterik. Seperti yang telah dinyatakan di atas, usus dan otak mempunyai hubungan langsung, biasanya dipanggil paksi gut-otak.
Hubungan ini bermakna masalah dalam saluran gastrousus boleh memberi kesan kepada sistem saraf.
Apabila terdapat keradangan dalam usus, ini boleh membawa kepada keradangan di dalam otak.
Begitu juga, keradangan di dalam otak juga dikaitkan secara langsung menyebabkan keradangan dalam usus. Keradangan otak akan menyebabkan tekanan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan kognitif.

3. Gangguan Kerengsaan Usus (IBS)

Gangguan autoimun boleh berkait khusus dengan jangkitan parasit usus dan sendi yang berkaitan, seperti sindrom IBS ( irritable bowel sydnrome) dan artritis reaktif.
Parasit usus menggali dan menetapkan diri pada dinding usus. Ini membawa kepada keradangan dan kerengsaan kawasan ini yang lama kelamaan akan membawa kepada kekejangan dan usus tersumbat. Penyerapan nutrien daripada makanan akan menjadi sukar untuk dihadam.

4. Gangguan Imun

Parasit adalah seperti lintah, menghisap nutrien daripada badan. Ini menyebabkan sistem imun yang terpaksa bekerja keras dengan sumber vitamin, mineral, nutrien dan sumber tenaga yang rendah. Parasit ini mampu merangsang pengeluaran immunoglobulin mekanisme A.
Ransangan yang berlebihan boleh menyebabkan badan terdedah kepada pelbagai bentuk bakteria, kulat, virus dan serangan lain.

5. Gangguan Tidur

Parasit, terutamanya yang lebih suka bersarang di saluran usus, boleh menyebabkan pelbagai gangguan tidur seperti insomnia. Parasit menjejaskan sistem saraf dan juga membawa kepada gangguan tidur. Sepanjang malam, badan bekerja keras menghapuskan toksin melalui hati.
Parasit diketahui mengganggu rutin ini, menukar rentak badan. Sesetengah parasit menyebabkan banyak gatal sekitar kawasan dubur, mengganggu tidur dan menyebabkan ketidakselesaan kepada badan.

6. Bruxism (asah gigi ketika tidur)

bruxims
Bruxism adalah istilah perubatan yang diberikan kepada tabiat asah gigi ketika tidur. Pada pandangan pertama, hubungan antara pengisaran gigi dan parasit mungkin tidak jelas dan tak logik.
Asah gigi ketika tidur berlaku disebabkan oleh kebimbangan dan keresahan yang disebabkan oleh parasit melepaskan sisa dan toksin ke dalam badan.

7. Masalah Kulit


Parasit yang menyerang usus menyebabkan saluran keradangan dan kerengsaan kulit yang agak besar oleh kerana pengeluaran hormon ke dalam badan.
Ini seterusnya menyebabkan iritasi kulit yang menyebabkan ruam, gatal-gatal, ekzema dan lain-lain bentuk alahan menyerang kulit.
Satu lagi masalah dengan saluran usus radang adalah bahawa pencernaan makanan tertentu menjadi sukar.
Makanan dihadamkan menghasilkan peningkatan paras eosinofil yang membakar tisu yang menyebabkan reaksi alergi. Sesetengah parasit menyebabkan kudis, bengkak, luka-luka dan ulser untuk keluar.

8. Cirit-birit

Parasit umumnya menyerang lapisan usus, tetapi juga berpotensi untuk menyerang semua bahagian-bahagian badan yang lain.
Selain daripada itu, beberapa parasit menghasilkan bahan kimia yang dipanggil prostaglandin yang membawa kepada kehilangan klorida dan natrium dari badan, seterusnya menyebabkan cirit-birit.

9. Sakit badan

Bila parasit berhijrah, ia cenderung membentuk cyst di otot dan sendi. Hasilnya ialah kerengsaan yang akhirnya menyebabkan masalah sakit di akwasan berikut yang sering disalah anggap sebagai arthritis. Sakit di bahagian otot dan sendi juga mungkin disebabkan oleh tindak balas sistem imun untuk parasit menyerang badan.

10. Keletihan yang Kronik

Tidak ada keraguan bahawa parasit mengurangkan bekalan nutrien penting yang membawa kepada keletihan pada tahap mental, fizikal dan emosi.
Apabila parasit menyerang tubuh menyebabkan kurang penyerapan daripada vitamin, mineral, lemak dan karbohidrat.
Ini membawa kepada keletihan yang teruk, kemurungan, masalah tumpuan dan sikap acuh tak acuh.

Bagaimana Nak Musnahkan Cacing?

Perlu diingat bahawa hanya kekuatan sistem endokrin dan sistem imun seseorang sebahagian besarnya menentukan bagaimana teruk jangkitan parasit akan memberi kesan kepada individu tersebut.
Ini bergantung kepada:
  • Bagaimana parasit hidup dari tuan rumahnya.
  • Toksin atau bahan buangan yang dihapuskan
  • Bagaimana parasit mengaktifkan sistem imun.
  • Jika sistem imun individu adalah lemah.

Sebelum itu, cuba lihat senarai dibawah ni dan tandakan yang mana sama dengan masalah anda?

EMOSI:-

  • Perubahan emosi
  • Marah dan cepat marah
  • Gemuruh
  • Kemurungan
  • Sifat Pelupa
  • Pemikiran keliru
  • Kegelisahan
  • Kebimbangan
  • Refleks lambat
  • Obsesi
  • Kekurangan penyelarasan
  • Kekeliruan
  • Blur
  • Blank

TIDUR

  • Insomnia
  • Gigit gigi semasa tidur
  • Kencing malam
  • Meleleh air liur berlebihan semasa tidur
  • Gangguan tidur – terjaga kerap kali pada waktu malam

KULIT

  • Kulit kering
  • Rambut Kering
  • Rambut rapuh
  • Keguguran rambut
  • Alahan
  • Hidung gatal
  • Gatal-gatal dubur
  • Kulit gatal
  • Urtikaria (Gegata atau Kelopak Garam)
  • Jaundis
  • Reaksi alahan kepada makanan
  • Sensasi merangka di bawah kulit
  • Letusan
  • Ekzema
  • Ulser kulit
  • Bengkak

LAIN2

  • Sensasi bendasing dalam tekak atau tidak selesa
  • Kesukaran menelan
  • Batuk atau batuk darah
  • Masalah peredaran darah. kebas di hujung kaki, kesukaran untuk bergerak.
  • Lebihan air liur
  • Penglihatan yang kabur
  • Nafas berbau
  • Tindak balas imun rendah
  • Demam
  • Masalah pernafasan
  • Eye floaters
  • Bau badan

Jika lebih daripada 5 itu bermakna ada di serang parasit!
Jahatkan parasit ni? Dah lah duduk dalam tubuh kita, lepas tu mereka hidup dengan memakan nutrient daripada badan manusia. Lepas tu parasit ni akan meninggalkan toksin pula kepada kita!
.
Pendekata parasit ni umpama tetamu yang tak diundang yang menyusahkan.
Kita makan macam2 vitamin, rupa2nya selama ni kita share dengan dia. Alahai..nayaaaa…………..
Jom detox parasit sekarang juga. Nak tahu camne nak buat detox parasit.

TANYA SAYA

Ili Aisyah
011.3745.4988
Pengedar Shaklee Aktif 2017

Tuesday, March 21, 2017

Tips Awet Muda

Amalan Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Sihat

Teh hijau
Teh hijau bukan sahaja pilihan yang lebih sihat berbanding kopi tetapi ia juga kaya dengan polifenol iaitu antioksidan yang semulajadi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kita nampak tua sebelum masanya.
Dengan mengamalkan teh hijau setiap hari, ia turut memberikan beberapa lagi manfaat kepada tubuh kita seperti mengurangkan kolestrol, menurunkan berat badan dan menyihatkan rambut.
Kawal tekanan
Setiap hari kita tidak dapat lari daripada tekanan. Di zaman yang serba serbi perlukan wang, kita terpaksa bekerja keras siang dan malam mencari rezeki untuk keluarga. Keadaan ini menyebabkan kita sering tertekan.
Penting untuk kita belajar mengawal tekanan tersebut agar kita tidak mendapat masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung dan darah tinggi.
Satu perkara yang Ros belajar di pejabat untuk berani berkata “tidak” jika bebanan kerja terlalu banyak. Jadinya, kerja akan diagihkan kepada rakan sekerja yang lain.
kerapkan bersenam
Bersenam dapat menjadikan tubuh kita lebih sihat. Selain itu, kita juga dapat melepaskan tekanan yang dihadapi. Bila tak tertekan, kita pun akan lebih gembira.
Ambil makanan yang seimbang
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk membekalkan nutrisi yang kita perlukan. Bila cukup nutrisi, kita pun jadi lebih bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.
Dapatkan sumber Resveratrol
Resveratrol merupakan antioksidan yang sangat powerful. Sumber Resveratrol yang terkenal adalah wine merah. Tetapi sebagai orang Islam, kita dilarang untuk minum alkohol. Terdapat satu sumber Resveratrol yang halal dan mudah diambil iaitu supplemen Vivix.








Thursday, March 16, 2017

Herbal Blend Shaklee Ok ke?

Hello semua! hari ni parcel saya dah sampai =)

laju betul sampai..  baru order semalam time lunch, lunch tadi dah nampak kotak shaklee kat receptionist. 

Ok. apa ili beli kali ni.

Kali ni beli tak banyak. Kali ni hanya Beli 



ESP

Dishwasher Concerntrated liquid

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Ok hari ni iili nak cakap pasal Herbal blend dulu.

tak sabar nak guna herbal Blend nie

nanti i ols update bau dia tecture semua n the next post okeyh


sebelum tu nah baca dulu tentang


Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
  • Krim yang melegakan dan selamat secara semulajadi untuk semua peringkat umur.
  • Tiada Paraben / Tiada Kandungan Kimia tang Berbahaya.
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary



Apakah Khasiat Herbal Cream Shaklee ?
  • Melembutkan kulit yang kasar ( di kawasan lutut dan tapak kaki/ tangan )
  • Membaiki kulit-kulit pecah ( tumit kaki )
  • Menyelesaikan masalah gatal-gatal kulit
  • Membantu menghilangkan parut termasuk demam campak & chicken pox (selepas mandi dengan Basic H Shaklee -guna bersama-sama )
  • Menghilangkan ruam padi bayi ( melecet celah kangkang, leher ,pelipat kaki )
  • Menghilangkan ruam susu pada muka
  • Sebagai losyen bagi kegunaan harian
  • Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
  • Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda

Siapa yang boleh guna?
  • Bayi
  • Lelaki mahupun wanita
  • Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
  • Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
  • Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
  • Mereka yang sering demam
  • Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal badan
  • Warga emas


Harga Herbal Blend Shaklee hanya RM 27.50, untuk yang ingin mencuba!

Wednesday, March 15, 2017

MASALAH BUASIR - CARA ATASI BUASIR


Ada masalah buasir? Jangan malu nak jika ada buasir . Penyakit busair ini boleh dirawat. Sebleum itu penting untuk kita tahu dulu mengenai buasir.

Apa itu buasir?

Buasir terjadi apabila salur darah vena yang membesar di bahagian rektum dan dubur. Ia boleh jadi radang dan membengkak.

Ada 2 jenis buasir:




Buasir Luaran - ni yang paling seksa kerana pesakit akan berasa sakit, tidak selesa, berdarah, gatal2 dan ada bengkak semasa nak membuang air besar . Lagi teruk apabila buasir tersepit kerana salur darah tersumbat yang menyebabkan darah beku. Dan ia berpotensi untuk berulang lagi . 




Buasir Dalaman - salur darah membengkak di lapisan rektum. Selepas membuang najis akan berlaku pendarahan walaupun tidak berasa sakit. Apabila pesakit meneran, ia boleh mencederakan permukaan busair dan berdarah ( darah yang keluar adalah titisan berwarna merah cerah ). 

Apa yang menyebabkan buasir ini terjadi sebenarnya 



Buasir boleh terjadi pada sesiapa saja tapi paling berisiko adalah mereka yang berumur 30 tahun ke atas
Wanita hamil juga berpotensi kerana bila janin membesar ia memberi               tekanan kepada bahagian dubur
Mereka yang suka meneran masa membuang air besar 
Obesiti 
Mereka yang suka mengangkat benda2 berat
Cirit birit
Suka duduk mencangkung terlalu lama
Ada masalah batuk yang teruk
Seks melalui dubur 

Tahu tak buasir ada 4 tahap sebenarnya


Tahap 1 - berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
Tahap 2 - disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak keluar tapi akan             kembali ke dalam saluran dubur semula
Tahap 3 - sama seperti tahap 2 tapi bengkak berlaku hanya di dalam               selepas ditolak masuk secara fizikal
Tahap 4 - darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk            meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur


Bila kena buasir rasa sakit tu tak dapat nak elakkan, 
cara2 untuk mengurangkan kesakitan akibat busar:
Mandi dengan air suam bagi mengurangkan rasa sakit
Jika bengkak boleh guna ais / duduk dalam besen yang ada air garam
Ambil pil untuk mengurangkan rasa sakit dan bagi bantu melembutkan      najis
Letak ais pack / sugar pack dalam 10-15 minit
Elak guna ubat laxative


Ada tak cara nak elak kena buasir? Ada .. jom teruskan baca .

Elak sembelit  sembelit teruk boleh jadi buasir lama2
Banyak kan makanan serat seperti buah, sayur, bijirin (whole meal)
Banyak minum air ( kurang minum air boleh jadi sembelit, dan bila                  sembelit risiko untuk dapat buasir )
Rajin bersenam 
Elak ambil julap yang boleh sebabkan cirit-birit tapi pilih julap yang tinggi        serat untuk elak sembelit
Elak mengangkat benda2 berat
Elak batuk yang berlarutan 
Jangan meneran masa membuang air besar




Bagiaman Shaklee boleh membantu buasir? Suplemen Shaklee juga ada buat mereka yang ada buasir sekaligus membantu menyelesakan masalah sembelit 



Alfalfa Complex
Digunakan secara tradisional untuk membantu sembelit dan ia juga mengandungi serat . Berfungsi untuk menjaga kesihatan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum.

Ostematrix
Suplemen kalsium dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan. berkesan membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Ia juga memberi keselesaan apabila ada luka di bahagian dubur kerana ostematrix juga boleh melembutkan najis. Membantu membekukan darah dan mengelak kanser usus. Ostematrix ini banyak membantu wanita hamil / lepas berpantang yang ada sembelit . 

Omega Guard
Suplemen minyak ikan terbaik di dunia kerana kaya dengan EPA dan DHA. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan sendi dan otot. Beri rasa yang melegakan apabila membuang air besar yang sakit dan perit. Dan juga membantu mengecutkan otot yang bengkak .

Zinc Complex
Sangat disaran untuk mereka yang ada masalah najis berdarah kerana zinc boleh bantu menyembuhkan luka2 di dalam dubur dengan cepat .