Monday, June 23, 2014

iLi is unwell | hikmah demam adalah

Assalamualaikum dan selmat pagi.. yaa.. hari ni cuti sakit kerana suhu badan is high and bad cough. yaa.. mmg bad sbb suara pon dah bertukar.. ni sedang menunggu umi ambil kat opis n balik dan tido =)

bila dah demam nie goole lah satu blog tentang hikmah demam..


Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Friday, June 13, 2014

Summer June!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sekarang nie sedang upgrade blog sbb nak bagi mood menulis tu bnyak sket.. aha. tahu tak kawan2 semua sekarang nie tengah summer. patut lah malas sungguh nak buat kerja.. sebb biasanya bulan bulan cam nie tengah sem break tapi tahun nie kena kerja pulak kan so mmg lah rasa malas dan tak nak buat apa-apa melainkan tonton drama dan series..


aha... thats is it.. goal for summer.. mungkin sebab baru lepas appraisal juga jadi kemalasan diri agak terlampau kerana transition state.. bukan.. bukan malas cuma nak ade masa untuk diri sendiri jap sbb 12 bulan asyik kerja je.. dulu masa belajar ade juga sem break kan.. hmmm...

yeaay... mmg sumtimes kena ade waktu lazy kan?? mmg sentiasa kena ade pon =)


 

Thursday, June 12, 2014

Perkara Penting yang Wajib disediakan bila nak Kahwin



Persedian Perkahwinan . . Apa yang perlu tahu sblum plan nak kahwin =p
Bukan sikit persedian kahwin tapi bukan banyak juga persedian kahwin.. fikirkan yang wajib akan rasa mudah jer perkahwinan... nie baru bertatih nak baca do and don't untuk memulakan persedian perkahwinan.. doakan segalanya dipermudahkan =)

1. Kursus kahwin
Kursus kahwin diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Dapatkan borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang berkenaan. Bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga hendaklah mengikuti kursus ini sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah. Ingat, hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.
.
2. Borang nikah
Kalau nak nikah, kena lah ambil borang nikah. Pergi ambil di pejabat agama yang terdekat dengan rumah anda. Kalau dah alang-alang nak amik borang tu, tolong lah belikan untuk pihak si dia sekali. RM5 bagi setiap borang lelaki dan perempuan. Kalau anda berkahwin dengan orang yang luar daerah atau berlainan negeri, ada borang lagi yang anda perlu isi ya!

3. HIV test
Pemeriksaan Saringan HIV ( Rapid Test ) wajib dijalankan ke atas setiap bakal pengantin. HIV test bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan.

4. Surat akuan bujang
Surat ini anda boleh minta majikan anda tuliskan lepas tu dia tandatangan dan bagi balik kepada anda. Apabila dah siap, jangan lupa buat lagi satu salinan (fotostat ler). =)
.
5. Saksi Borang
Terdapat macam-macam versi yang pakar cinta dengar. Ada yg cakap saksi borang kena datang masa nikah la dan lain-lain. Jadi, untuk permudahkan ayat, saksi borang dan saksi nikah boleh jadi oang yang sama atau orang yang berlainan. Kalau saksi borang taknak jadi saksi nikah pun takpe.
Yang penting masa nikah MESTI ada saksi okey? Oh, saksi nikah dan saksi borang mesti ada dua orang. Jadi, jangan lupa fotostat kad pengenalan kedua-dua saksi borang. Saksi mesti la lelaki bukan ahli keluarga. Pakcik-pakcik boleh kot. Cuba tanya kat pejabat agama okey?
.
6. Wali
Ini khusus untuk kaum perempuan. Kena pastikan wali ada masa nikah. Kena fotostat kad pengenalan wali dan wali mesti tandatangan pada borang nikah. Wali adalah orang yang memiliki kuasa penuh untuk menjalankan sesuatu akad nikah atau mengahwinkan seseorang perempuan.
Wali juga berhak untuk melangsungkan sendiri sesuatu akad nikah itu ataupun mewakilkannya kepada juru nikah.

7. Surat nikah ibu bapa
Ini khusus pada perempuan anak sulung. Pejabat agama nak pastikan kedudukan seseorang perempuan itu. Kalau perempuan itu diketahui adalah anak luar nikah, jadi bapanya tidak boleh menjadi wali, dan kena pakai wali hakim.

8. Hantar Borang yay!
Apabila dah siap, apa lagi hantar lah. Tapi, sebelum hantar tu, sila pastikan yang anda dah bersedia ye. Yela, mana tahu tiba-tiba kena soal dengan orang pejabat agama tu kan. Kena lah bagi jawapan yang bagus. Nak nikah, mesti bab agama dah lulus kan?


9. Jumpa kadi
Langkah yang paling penting, jumpa kadi di kawasan anda. Senarai nama-nama kadi tertera pada ‘notice board’ pejabat agama. Atau, anda boleh bertanya kepada pegawai agama masa hantar borang tu. Jumpa kadi biarlah awal. sebab anda kena tahu juga bila kadi ‘free’. Ingat anda je ke yang nak nikah? Bila dah jumpa tu, anda bolehlah tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk nikah. Borang nikah pun kena bagi skali tau.
P/s : tulisan diatas milik Pakarcinta.com yer!