Duhai bakal imamku, andai dirimu resah dalam
penantianmu menungguku, pergilah kau kepadaNya, berdoalah kepadaNya agar
ditenangkan hatimu kerana Dia pemilik nyawaku.
Duhai bakal
imamku, miliki jiwaku keranaNya, miliki hatiku keranaNya,
miliki cintaku keranaNya. aku disini akan memelihara hatiku untukmu.
insyaAllah.
Duhai bakal imamku, engkaulah yang bakal membimbingku.
Engkaulah yang akan mengemudi bahtera kehidupan kita. maka, persiapkan dirimu
dengan ilmu yang benar agar engkau kuat nanti. Aku akan berada disisimu wahai
bakal imamku.
Duhai bakal
imamku, tidak ku minta emas permata darimu, tidak ku tunggu istana darimu,
cukuplah satu lafaz setiamu kepadaku untuk mencintaiku kerana agamaku. Cukuplah satu mahar darimu untukku kerana DIA..
Duhai hati, bersabarlah kerana bakal imammu & makmummu sedang
mempersiapkan dirinya untuk kamu. Andai ditakdirkan dia jodohmu, maka terimalah
dia seadanya.