aHa.. tada… dah Lama kan iLi tak hupdate bLog ni, sbb nya
agak sibuk dengan aktiviti trainee.. kat sini mmg susah nak ada masa untuk
rileks dan bersenda gurau sbb ada je kerja dan perkara baru untuk dipelajari. Sekarang
ni pon ada banyak sungguh menda yang nak disubmit keesokan harinya. Macam biasalah,
kerja last minute tu tak boleh nak diubahkan. Walaupon dah start buat awal
tetap suke buat last minutes touchup lah edit lah dan macam macam macam macam
lagi. Aha.. banyak macam kan?
Sekarang rutin harian dah tak macam dulu dah. Dulu masa
belajar jer kalau lapa boleh kuar g makan or makan maggi ke, pergi kafe ke tapi
dah keje esp tempat pendalaman macam ni nak cari kedai makan pon susah nak
caik, so hari2 dalam jadual kena lah masak
Alhamdulillah makin lama makin yakin dah untuk masak. Dan
selalu masak untuk biasakan diri… ok, ni nak share tips memasak dengan mudah
bagi anda yang bekerja..
1. Rancang Menu Dari Awal
Rancang menu untuk seminggu yang akan datang, dan
terus senaraikan bahan-bahan yang diperlukan. Melalui cara ini, hanya perlu ke
kedai sekali untuk membeli bahan2 mentah, dan mengurangkan risiko “tidak cukup
ini dan tidak cukup itu” lalu terpaksa ke kedai dalam kepenatan setelah pulang
ke rumah. Anda juga boleh merancang menu yg lebih sihat! Dats y shopping
barang dapur twice a month untuk stock up bahan kering tu dah jadi rutin kami
kat sini.
2. Beli Bahan Mentah pra-potong
bangun awal pagi seawall 5.30 pagi macam bangun
sahur adalah untuk menyediakan breakfast dan menyediakan bahan yang akan
dimasak seLepas pulang dari tempat kerja. Tapi kadang2 menelan sedikit belanja,
membeli sayur-sayuran yang telah dipotong (contohnya ‘frozen veggies’) akan
banyak menjimatkan masa dan tenaga dalam memasak.
3. Masak 2 kali ganda
Apabila anda memasak lauk berkuah atau bersup,
masaklah 2 kali ganda banyak. Separuh yang lebih boleh disimpan di dalam peti
sejuk untuk dimakan esoknya atau pada waktu makan seterusnya. Anda juga mungkin
boleh memasak resipi lain menggunakan kuah atau sup yang disimpan itu. Selain
itu, satu lagi cara adalah dengan memasak satu lauk yang utama, yang boleh
digunakan untuk pelbagai jenis resipi. Contohnya, memasak ayam yang boleh
digunakan untuk ‘sandwich’, ‘stir fry’ ataupun digunakan sebagai inti pai.
4. Memasak untuk makan seminggu
Cara ini mungkin sesuai bagi mereka yang terlalu
sibuk di hari-hari minggu. Jika anda mempunyai tenaga di hujung minggu, anda
boleh memasak semua lauk-lauk untuk seminggu yang akan datang dan simpan di
dalam peti sejuk atau ‘freezer’. Dengan cara ini anda tidak perlu risau lagi
bila pulang ke rumah kerana makanan sudah ada dan hanya perlu dipanaskan!
5. Masak banyak-banyak dan bekukan
Jika anda mempunyai ruang yang besar di dalam
‘freezer’, anda boleh memasak dalam jumlah yang banyak dan simpan dalam
bahagian-bahagian kecil untuk jangka masa panjang. Ataupun and boleh
menyediakan burger atau sandwich, bungkus satu persatu dan simpankan sahaja di
dalam ‘freezer’.
6. Sediaan bahan-bahan memasak lebih awal
Anda mungkin tidak mampu memasak banyak-banyak
sekaligus, tapi anda mungkin mampu untuk menyediakan beberapa bahan mentah
lebih awal supaya waktu memasak anda lebih cepat dan mudah. Potong
sayur-sayuran dan simpan dalam bekas-bekas kecil, begitu juga buah-buahan,
bawang dan sebagainya. Di sinilah pentingnya perancangan yang awal dan teliti
dalam merancang menu! Jika anda tahu anda akan memasak ayam goreng petang
nanti, keluarkanlah ayam dari peti sejuk sejak pagi supaya ianya telah
dinyahbeku apabila anda pulang ke rumah nanti.
7. ‘Slow Cooker’ – satu pelaburan yang bermanfaat
Ramai para ibu yang menggunakan ‘slow cooker’ dan
menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan
10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’
anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah,
makanan yang panas telah tersedia! Wah sungguh mudah bukan? Ada lagi bonusnya,
anda hanya perlu membasuh satu bekas ahaja, iaitu periuk ‘slow cooker’ itu!
Ayuh, apa lagi
rakan-rakan sekalian, tidak kira bagi yang sudah berkeluarga atau bujang,
pemakanan yang sihat merupakan satu aspek kesihatan yang penting. Ajaklah
ahli-ahli rumah untuk berbincang strategi bagi memastikan pemakanan di rumah
anda sihat, dan yang penting, Mudah dan Cepat!