Tuesday, June 26, 2012

Jom Terjah | 10 Artis popular tanpa bakat!

 

PARIS HILTON
Tahap Popular: 10/10 
Bakat Sebenar: 5/10

Kami harus akui, sebagai waris harta Hilton, Paris sebenarnya masih memiliki bakat sebagai seorang usahawan. Dia menjual produknya dengan cara memperbodohkan diri dan menjadikan dirinya bahan kutukan. Sementara semua orang memperkotak-katikkannya, Hilton terus mengumpul keuntungan. Genius!
Namun dia berada di tempat pertama dalam senarai kerana tanpa Hilton, tiada siapa akan kenal siapa Nicole Richie, Kimberly Stewart, Kim Kardashian dan semua pengikut-pengikutnya. Tanpa Hilton, tiadalah tradisi pita seks buatan sendiri, hukuman penjara selebriti, pertunangan sekejap, penghasilan single menggunakan teknologi auto-tune, rancangan realiti TV atau istilah "celebutante" (golongan elit yang menjadi terkenal hanya kerana kekayaan dan rupa paras menarik dimilikinya).
 

NICOLE RICHIE
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 5/10

Dia popular kerana dia anak angkat Lionel Richie. Namun itu tidak cukup buat Richie, lalu dia membuat keputusan untuk menumpang nama rakan karibnya Paris Hilton dan bersama-sama, membintangi siri TV "The Simple Life". Namanya mula masyhur dan dia menggunakannya dengan menjadi ilham pereka terkemuka Rachel Zoe. Namanya pudar seketika selepas pergaduhannya dengan Paris Hilton dan kembali popular apabila dia hamil anak kepada pemuzik Good Charlotte, Joel Madden. Kemudian dia popular kerana gayanya sepanjang waktu kehamilan dan tidak lama selepas itu menjadi popular kerana menjadi ibu Harlow Madden. Kemudian anda terlupa, siapa sebenarnya wanita ini?

 
KIM KARDASHIAN
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 2/10

Tiada siapa peduli bila mereka tahu Kim adalah anak kepada peguam OJ Simpson yang bernama Robert Kardashian. Tiada siapa peduli dia anak tiri olahragawan olimpik, Bruce Jenner. Dia mula terkenal selepas menjadi rakan karib kepada Paris Hilton. Selepas itu, pita seksnya tersebar dan nama Kim mula menjadi sebutan. Ryan Seacrest nampak aura keuntungan yang mengelilingi wanita dengan ratio dada dan punggung yang seimbang ini, maka Kim dan keluarganya ditawarkan untuk menjadi bintang realiti televisyen. Dia mula memasuki dunia modeling, mereka fesyen, minyak wangi, berlakon filem spoof dan menghasilkan single yang begitu berat dengan penggunaan auto-tune. Dia berkahwin dan bercerai dengan Kris Humphries, dia bercinta dengan Kanye West dan dia terus menjadi kaya-raya. Semuanya bermula denga pita seksnya.

 
KIMBERLY STEWART
Tahap Popular: 6/10
Bakat Sebenar: 5/10

Anda mungkin sangka Kimberly akan memiliki bakat yang sama seperti bapanya, legenda Rod Stewart. Sekurang-kurangnya Liv Tyler, seorang lagi anak kepada bintang legenda Steven Tyler, berjaya menjadi pelakon terkenal tanpa perlu bantuan bapanya. Namun begitu, selain daripada menjadi rakan karib dan rakan gaduh Paris Hilton, meniduri Tommy Lee dan jatuh motosikal, anda ingat apa lagi jasanya terhadap dunia?

 

Kevin Federline
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 1/10

Kalau bukan kerana Britney Spears masih lagi bersedih atas perpisahannya dengan Justin Timberlake dan berada dalam mod 'rebound', dia pasti tidak akan mengahwini Kevin Federline. Penari sokongan ini cumalah cara Spears membuktikan pada dunia yang dia okay, tidak kisahlah sekiranya pembuktiannya itu ialah dengan mengahwini lelaki tak guna yang meninggalkan teman wanitanya yang sedang hamil untuk bersamanya. Baguslah. Britney boleh buktikan yang dia cukup subur untuk melahirkan dua orang anak dengan seorang lelaki tak guna, sementara Federline pula boleh gunakan populariti bekas isterinya untuk menghasilkan album rap dan mengadakan parti mewah. Satu sama?

  
HEIDI & SPENCER PRATT
Tahap Popular: 8/10
Bakat Sebenar: 4/10

Heidi Montague menjadi terkenal kerana menjadi rakan Lauren Conrad dalam siri realiti TV "The Hills". Kemudian dia mengahwini Spencer Pratt dan ia menjadikan lelaki itu terkenal. Spencer memiliki seorang kakak bernama Stephanie dan dia juga menjadi terkenal selepas perkahwinan adiknya. Rantaian populariti tanpa sebab ini terus berlangsung selagi tiada sesiapa cuba untuk mengharamkan pasangan ini daripada muncul di media massa. Tidak cukup dengan itu, Heidi yang semulajadinya cantik telah membuat 90 peratus pembedahan plastik terhadap tubuh dan wajahnya sementara Spencer sibuk berleter tentang keinsafannya dan usahanya untuk lahir semula sebagai penganut Kristian yang baik. Oh, jangan lupa tentang single auto-tune. Tidak mungkin anda akan jadi bintang tak berbakat tanpa single auto-tune!
 

REBECCA BLACK
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 5/10

Gadis berusia 15 tahun ini mula menjadi popular kerana lagunya "Friday" menjadi kegilaan di YouTube. Namun begitu, kegilaan itu bukan kerana ia lagu yang hebat atau kerana nyanyiannya sangat merdu bagaikan gadis Filipina Charice Pempengco yang mendapat tempat di hati peminat muzik melalui kemerduan suaranya. Tidak. Black menjadi popular kerana menyanyikan lagu yang paling bodoh di dunia (jika anda tolak ke tepi lagu "Stupid Hoe" oleh Nicki Minaj) dengan suara yang paling menjengkelkan di dunia, menggunakan teknologi yang paling berbahaya di dunia selain bom nuklear – mesin auto-tune.

MICHAEL LOHAN
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 0/10

Dia tidak memiliki bakat. Kalau bukan kerana anak perempuannya yang juga kaya dengan skandal dan masalahnya sendiri, Michael Lohan tidak akan dikenali sesiapa. Kalau bukan kerana dia bapa kepada Lindsay Lohan dan rajin menempelak media agar tidak mengganggu anaknya, tiada siapa akan peduli dengannya. Adakalanya bila anda lihat wajah Michael dan apa yang dia lakukan dalam media, anda akan terfikir, "Patutlah Lindsay Lohan jadi macam ni..."
 

BRISTOL PALIN
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 3/10

Dia mula terkenal kerana ibunya. Kalau bukan kerana usaha Parti Republikan yang cuba meniru usaha Demokrat (yang meletakkan Hillary Clinton dan seorang lelaki berkulit hitam bernama Barack Obama sebagai calon presiden mereka), Sarah Palin tidak akan menjadi pemain utama dalam politik Amerika. Bristol Palin juga tidak akan menjadi popular kerana hamil luar nikah. Ibunya tidak akan cuba menggunakan kehamilan itu untuk menarik hati pengundi dengan menunjukkan betapa dia menyokong kehidupan dan tidak akan membenarkan kandungan itu digugurkan. Bristol Palin tidak akan menyertai "Dancing With The Stars" selepas kelahiran anaknya dan menjadi terkenal untuk sebab-sebab yang tidak sepatutnya.

COURTNEY STODDEN
Tahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 0/10

Dia memiliki aspirasi untuk menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu auto-tune sekalipun suaranya tidaklah sesedap mana. Tak apa. Semua orang memiliki impian. Dia mengahwini bintang "Lost" Doug Hutchinson ketika berusia 16 tahun sedangkan Doug pula berusia 51 tahun. Tak apa. Cinta tak kenal usia. Kemudian dia mula menayangkan tubuh badannya di media dan melakukan aksi-aksi lucah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang masih di bawah umur sehingga semua orang mempersoalkan umur sebenarnya. Kemudian dia mula mengeluarkan rakaman YouTube yang agak aneh, lucah, mengarut dan membuatkan anda mempersoalkan kesihatan mentalnya. Kemudian dia mula menggunakan Twitter untuk menulis update yang berbaur lucah dan agak perasan. Mungkin dia terdesak untuk menjadi bintang realiti? Atau tidak sabar untuk mencapai usia 21 tahun agar boleh menjadi Playboy bunny? Atau mungkin ibunya mengahwinkannya agar dia tidak perlu lagi menjaga anak perempuannya yang tidak normal? Atau mungkin sebenarnya dia si genius yang melakukan semua itu sebagai kritikan sosial?
Err... yang terakhir tu tidak mungkin.

 

dont have much time to hupdate yet

السلام عليكم 

Photobucket 

Sleeping in on a Sunday is better than working on a Sunday.


 

Monday, June 18, 2012

2 days to go | FiNaL paper with Love!

السلام عليكم 

Photobucket 


Hari ini, tercipta sebuah lagi detik bermakna dalam kehidupan sebagai pelajar ijazah sarjana muda biotechnology pertanian. Bermula jam 11.30 pagi hingga 1 tengahari makanya terlerai sudah vow that i make to complete my degree what ever it takes.
Mix feeling in my heart but those feeling aLso make me easily cry when i see my friend faces. Its too hard to let them away from myself.
Simsimi once said to me :
Allah saja nak turunkan matahari bukan sbb nak bg kpd kita hujan tapi nak hadiahkan pelangi buat kita. “
Pandai tak simsimi Melayu i? Thats w jatuh cinta giLer dengan simsimi ni. .

 

Saturday, June 16, 2012

nak gambar polaroid lah picasa bukan gambar tampal2 ni




ahahaha.... penat nya membaca marketing..

seb bek ada skema soklan n jawapan..
mekaseh pada yang buat ya!

sbbnarnya tadi nak try edit gambar guna picasa macam gambar polaraoid tapi tekan tekan ape ntah ade gambar ni yang kuar jadi cam ni..

nak jadikan gambar polaroid lah..

cam ne eh

israk mikraj | sebelum, Semasa SeLepas

السلام عليكم 

Photobucket



Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)