Monday, February 27, 2012

Tahukah anda apa yang anda baca ketika solat?


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasI brahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


p/s : kredit to here

Sunday, February 26, 2012

Gambar Majlis Resepsi Lisa dan Yusry | baju mcm kate middleton?

Tahniah Kak Lisa Surihani dan Yusri =)



entry seterusnya kredit kepada Beautifulnara.com yer

Abang Nara sanggu tak makan masakan Pak Engku hanya untuk memastikan anda semua dapat melihat gambar majlis resepsi perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani secara ekslusif daripada PICC. Buat masa ini, Abang Nara sharekan 10 sahaja terlebih dahulu. Bakar line orang kata.

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

Lagi 9 gambar sekitar resepsi pengantin baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

________________________________________________________________________________________________

komen iLI :

Kalau perasan, baju Lisa same dengan KATE middleton kan... lebih kurang sangat tapi papepon kenapa crown nampak macam senget jer kak? takpe, kak lisa mmg cantik

ni baju kate middleton.. lebih kurang jer kan baju nyer?



article-1381851-0BD3C5E500000578-147_634x733

Kate Middleton's Dress Is Finally Revealed | Royal Wedding, Kate Middleton

TAHNIAH KAK LISA N YUSRY =) SWEET SANGAT KORANG KAT ASTRO RIA SEMALAM =)

oh FYP

Saturday, February 25, 2012

teLah ditag oleh cik adieb


Soalan dari Cik Adieb pulak kepada mangsa tag

a- Nama anda di IC ?

Ili Aisyah Binti Kadir Mohideen

b- Bila kowang lahir ?

Saya lahir pada tahun 1989, bukan yang ketiga dan hari yang terakhir

c- Lahir di mana ?

Lahir di Parit Buntar Perak

d- Kowang suka makan kek perisa apa ?

Setakat ni all time favaourite adalah choc cake ! and skang suke juga red velvet, rainbow cake, dan blueberry cheesecake

e- Siapa pahlawan Islam yang kowang kagumi ?

Salahudin Al-Ayubi

''Islam bukanlah agama pendendam bahkan sangat mencegah dari melakukan perkara diluar perikemanusiaan, Islam menyuruh umatnya menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf dan melupakan kekejaman musuh ketika berkuasa walaupun ketika musuh berkuasa, umat Islam ditindas.''

f- Kowang minat warna pa ?

Putih, Pink, Biru Rainbow sbb semua warna saya suke

g- Kalau kowang ada duit sebanyak RM50 000 , kowang nak wat apa ngan duit tu ?

Mesti Lah nak mendirikan rumah tangga terus =p

h- Suka tak singgah di blog Cik Adieb ?

Suka.. bagus blog ni =)

i- Pa pendapat kowang dengan blog Cik Adieb ni ?

mmm.. blog ni best tapi cube try promosi kan lagi blog supaya ramai yang tahu =)

j- Kowang rasa , blog Cik Adieb ni berat atau ringan ?

Sederhana =)

k- Kowang pernah makan ambuyat ?

l- Tak.. tak pernah.. ape tu?

Thanks tag saya =) in Lah jawapan nya

p/s : sepanjang minggu ni penat sungguh berjalan dan tak sempat nak update blog. Nak putus dah urat2 kaki ni.. esok kelas plak,esok lah update activity minggu lepas.. ahaa… bajet diva lah kan.. tak pon.. saje suke-suke jer ni.. bweek

selamat malam semua =0


Yusry kahwin dengan lisa punya gambar!!!!

credit to http://www.meow.my

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa kek, manisan kristal, tepak sirih, mas kahwin, sebentuk cincin, cek dan kelengkapan sembahyang. Manakala pengantin perempuan telah membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa cincin, kek, coklat, koleksi CD The Beatles, ‘keyboard’, sepersalinan lelaki jenama Zegna, kelengkapan sembahyang, bunga rampai dan sirih junjung.

Dalam Majlis yang penuh gilang-gemilang nie wang hantaran dirahsiakan dan Lisa telah menerima sebentuk cincin dan seutas rantai leher platinum manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Kredit Tanpa Prejudis! beautifulnara.com | gua.com.my | utusan malaysia

GAMBAR ISTIMEWA DARI BLISSCANDID












































KREDIT TANPA PREJUDIS! BLOG BLISSCANDID | FB BLISSCANDID
HANTARAN PENGANTIN LELAKI
1) TEPAK SIRIH
2) CINCIN PERKAHWINAN
3) MAS KAHWIN ( SEUTAS RANTAI PLATINUM)
4) WANG HANTARAN (JUMLAHNYA DIRAHSIAKAN)
5) KELENGKAPAN SOLAT
6) MANISAN KRISTAL
7) KEK BERPERISA VANILLA
HANTARAN PENGANTIN PEREMPUAN
1) TEPAK SIRIH
2) CINCIN PERKAHWINAN
3) KELENGKAPAN SOLAT
4) KOLEKSI CAKERA PADAT KUMPULAN THE BEATLES
5) ALAT MUZIK KEYBOARD (DIPERSEMBAHAN DALAM BENTUK BINGKAI GAMBAR)
6) KELENGKAPAN PAKAIAN LELAKI
7) COKLAT
KEK
9) BUNGA RAMPAI