Saturday, May 27, 2017

Tips jaga tudung mahal



  • 1) Pelembut

Sebaiknya rendamkan tudung seketika dalam air suam yang telah dicampur dengan bahan puncuci berbentuk cecair dan bahan pelembut. Bilaskan dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa sabun.

  • 2) Jangan sental

Ketika mencuci, jangan meramas atau menyental tudung anda dengan kuat. Jika ada kotoran degil, cukuplah sekadar anda mengosoknya dengan tangan.

  • 3) Abaikan mesin basuh

Bagi jenis kain yang lembut, anda tidak digalakkan mencucinya dengan mesin basuh. Walaupun mudah, ia dikhuatiri akan merosakkan kain tudung tersebut. Namun jika anda mahu menggunakan mesin basuh, asingkan tudung daripada bercampur dengan pakaian lain.





  • 4) Mengering

Ketika mengeringkan tudung, pastikan anda menjemur di kawasan yang redup dan tidak terlalu panas. Jangan terus letakkan tudung di bawah matahari terik untuk mengelakkan warna cepat pudar.

  • 5) Suhu rendah

Ketika mengosok tudung, pastikan suhu sentiasa rendah untuk mengelakkan ia terbakar lalu anda pun menangis. Material jenis sifon dan silk perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ia lembut.

  • 6) Gantung

ketika menyimpan, sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung. 




_____________________________________________________________ Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda

No comments:

Post a Comment