Produk untuk bantu ibu menyusu puasa bertenaga

by - Friday, May 05, 2017


Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, saya sudah mula berpuasa beberapa hari ini kerana masih ada berbaki beberapa hari lagi puasa yang perlu saya ganti. Bagus juga kerana saya sudah menyiapkan diri saya untuk bulan Ramadhan nanti.
Bulan Ramadhan kali ini lebih mencabar kerana umat Islam diuji dengan “ujian Piala Dunia”. Tidak ada salahnya menonton bola sepak, tetapi janganlah kita mensia-siakan waktu, dan berlebihan-lebihan atau melampau-lampau sehingga melupakan urusan yang lainnya.
Berpuasa secara asasnya meletihkan terutama yang bekerja. Disamping amalan berpuasa, amalan-amalan sunat yang lain juga memerlukan tenaga agar kita lebih kusyuk di dalam beribadah. 
Oleh yang demikian, bagi memastikan diri kita sentiasa cergas dan kekal bertenaga semasa bekerja, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian.

 Makanan Berkhasiat Untuk Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan
Sahur
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah amat disyorkan. Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79), Casein (80), Soya (74) dan kekacang (49).
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen (Glikogen merupakan simpanan karbohidrat dalam bentuk glukosa di dalam tubuh yang berfungsi sebagai salah satu sumber tenaga). Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Akhir sekali, pastikan jumlah pengambilan air adalah mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan (melainkan anda memang tak sahur pada awal pagi tersebut). Berapa banyak yang diperlukan? 3-5 gelas air, diagih secara berperingkat dari awal sahur, hinggalah ke akhir sahur.
Berbuka Puasa
Ketika berbuka puasa, jangan habiskan kesemua juadah yang terhidang dalam satu masa sahaja. Ia mungkin boleh dibahagikan secara berperingkat dan sebagai permulaan, buka puasa dengan meminum air, kuih-muih dan juga buah-buahan. Biarkan perut berehat seketika sambil menunaikan solat Maghrib. Hanya selepas itu barulah perut dapat menerima makanan yang lebih berat.
Daripada segi pengambilan makanan, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak adaruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air.” (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah. Sanad hadith ini sahih.)

Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“, memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah kerana berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak!!
Beri masa kepada perut untuk “warm up”, dan gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak. Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.
Makanan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan
  • Makanan yang mengandungi garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic, bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.
  • Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
  • Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
  • Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.

Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Di samping itu, salah satu cara mudah untuk mendapatkan tenaga segera dan berpanjangan di bulan Ramadhan, adalah dengan mengamalkan 
Set Mighty 3Gem Shaklee.

Set Mighty 3 Gem terdiri daripada ESP, Mealshakes & Performance Drink (PD). Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mengekalkan kecergasan dan tenaga badan khususnya di bulan Ramadhan dan sangat baik untuk diamalkan oleh semua lapisan individu termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua mahupun kanak-kanak.
Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga suplemen ini.

1. ESP (Energizing Soy Protein)
ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa


Pelbagai resipi ESP untuk anda di sini.
2. Meal Shakes
  • Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita.



3. Performance Drink
Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!
Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini?
  • Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
  • Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti letih kan).




Semoga panduan ini dapat membantu anda lebih bertenaga ketika bangun beribadah pada sepertiga malam di bulan Ramadhan. Marilah kita meriahkan pesta bola piala dunia ini dengan menghidupkan Ramadhan. Meriahkan Ramadhan ini, semeriah pesta bola sepak piala dunia yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh semua umat islam di dunia.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.




"kalau kita nak orang suka dan jatuh cinta dengan produk yang kita jual, kita sendiri dulu kena suka dan jatuh cinta dengan produk kita sendiri"


Jangan Segan Silu untuk order 3 Mighty Gems or
Whatapp 011.3745.4988

Jangan risau.. free consultation yer =) 







You May Also Like

0 buBbLes

SiLa Lah KOmen dan Beri ucapan ke.. kata2 semangat ke.. atau sebarang pertanyaan akan dijawab =) didahulukan dengan ribuan terima kasih yer