Prinsip Bebas Hutang - 4 yang simple tapi efektif!

by - Wednesday, May 10, 2017

Hidup Bebas Hutang | Financial Freedom

ini adalah aim saya untuk mulakan 2018. makanya saya mmg harus mula dari sekarang. 

nanti saya share kan strategi untuk bebas hutang =)


Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:

(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.


Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Saya nak ceritakan lebih mengenai Pendapatan kedua.



dan saya memilih untuk Join SHaklee. Organisasi paling selamat untuk tambah pendapatan, paling mudah dan semua nya dihujung jari

disamping itu, quality of life juga terpelihara.

nak tahu lebih Lanjut, saya akan kupas kan di entry " Kenapa Shaklee dipilih"

atau nak tahu lagi laju2 whats app saya 011.3745.4988 atau telegram pon boleh =)


You May Also Like

0 buBbLes

SiLa Lah KOmen dan Beri ucapan ke.. kata2 semangat ke.. atau sebarang pertanyaan akan dijawab =) didahulukan dengan ribuan terima kasih yer