Inginkan anak - cuba set kesuburan ini

by - Wednesday, May 03, 2017


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya impikan cahayamata. Apalah ertinya sebuah rumahtangga tanpa kehadiran anak sebagai penyeri dan penghibur hati disaat suka dan duka. Namun bukan semuanya bertuah. 

Ada yang sudah bertahun bernikah tapi belum ada tanda-tanda si isteri berbadan dua. Dalam berihtiar ada yang menggunakan kaedah tradisional seperti berurut dan sebagainya dan ada juga yang menggunakan kaedah moden.

Ramai juga yang mencuba kedua-dua cara untuk mendapatkan zuriat disamping turut memanjatkan doa kepada yang Esa. Saya yakin anda disini adalah untuk mencari Set Kesuburan sebagai ikhtiar untuk membantu anda atau isteri untuk hamil dan seterusnya mendapatkan cahayamata penghibur hati. 

Antara kaedah moden yang disyorkan adalah dengan mengambil supplemen. Alhamdulillah ramai telah memberi kepercayaan untuk mencuba set kesuburan shaklee untuk suami isteri ini.

 Produk ini boleh di makan oleh lelaki dan wanita tau. Jadi orang lelaki, para suami pun kena ambil bahagian 


Apakah Set Kesuburan Shaklee ?
 Set Kesuburan Shaklee, adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.
Faktor dan Punca Penyebab Susah Mengandung
1. Makanan yang Mengurangkan Kesuburan Lelaki dan Wanita
Sebelum kita teruskan, kenali dulu apakah makanan yang boleh mengurangkan atau menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki. Antara makanan yang perlu dikurangkan adalah makanan tinggi karbohidrat , gula dan manisan. Jauhkan makanan segera, makanan diproses atau yang di awet. Kurangkan juga perisa dan pemanis dalam makanan. Alkohol juga menjadi punca masalah ketidak suburan. Jadi suami dan isteri kena perhati juga cara pengambilan makanan ya. Kalau nampak ada yang terlebih tu usaha untuk kurangkan
2. Rokok
Dr. Hamid Arshat  dalam artikelnya yang berkaitan makanan meningkatkan kesuburan lelaki juga mengatakan rokok dan tembakau perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma lelaki.Bagi yang merokok dan berniat untuk berhenti merokok namun sukarjangan risau, walaupun anda mungkin seorang perokok tegar,  ada sesuatu yang dapat membantu yang telah terbukti hasilnya. Hanya amalkan Vivix sesudu kecil setiap hari dan anda akan dapati lama-kelamaan rokok yang dihisap akan mula akan terasa pahit. Inilah yang berlaku kepada  perokok tegar. Ikuti Testimoni Vivix Cara Mudah untuk Berhenti Merokok.
3. Berat Badan Berlebihan
Satu lagi, faktor yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung ialah masalah berat badan atau obesiti. Ada beberapa pelanggan yang akhirnya berjaya hamil setelah menurunkan berat badannya selepas mencuba Set Kurus Shaklee. Nyata, berat badan turut memainkan peranan dalam hal ini. Tuan, puan  boleh hubungi saya untuk berbincang lanjut mengenai Set Slimming ini.
Set Kesuburan Kehamilan Shaklee  Optimum(Premium) 
Ok baik, mari kita lihat seterusnya informasi berkaitan SET KESUBURAN SHAKLEE pula…
Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ni ? Dan bagaimana ia dapat memberi manfaat dalam membantu pasangan mendapatkan anak ? Jom baca selanjutnya… 
Vitamin yang ada dalam SET KESUBURAN PREMIUM Optimum Shaklee ada 8 jenis yang merangkumi untuk suami isteri :
 
     
     (1)    ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain. 
    
     (2)    Vita-Lea (Multivitamin) 
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum 
     
     (3)    Vitamin C 
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan 
     
     (4)    B-Complex 
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan 
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.

     (5)    Vitamin E & Selenium –
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(8) GLA Complex – 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 


untuk konsultasi lebih lagi 
sila hubungi
011.3745.4988

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

You May Also Like

0 buBbLes

SiLa Lah KOmen dan Beri ucapan ke.. kata2 semangat ke.. atau sebarang pertanyaan akan dijawab =) didahulukan dengan ribuan terima kasih yer