Masalah buah pinggang Lagi!

by - Thursday, March 09, 2017

Hi Awak!
Sepanjang hidup anda la kan, pernah rak terlintas untuk rasa macam

Eh sihat ke eh semua organ dalam badan ni

Macam mana eh paru paru aku? Fresh ke tak?

Macam mana usua aku ok tak?

Buah pinggang aku ok ke? Sian dia hari2 aku minum air 2 liter

Haaa.. ade tak rasa macam tu.




Hari ni nak cakap pasal buah pinggang.
Rata rata manusia bnyak yabg sakit buah pinggang. Kalau tak jaga dari awal mmg tak lama la kita dapat guna. Nasib la Allah bagi kita kan 2 buah pinggang
Sebab buah pinggang la merupakan salah satu organ yang bekerja keras dalam badan.
Buah pinggang jugak la yang menapis segalanya dari dalam badan

Nah cuba semak balik tanda ttanda buah pingang ok ke tak ok

Tanda #1
Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing.
Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan.

Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang.


Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.



Tanda #2
Adakah anda letih sepanjang masa?
Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

Tanda #3
Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan?
Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

Tanda #4
Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan?
Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

Tanda #5
Bagaimana pula dengan selera makan anda?
Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

Tanda #6
Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?
Ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

Tanda #7
Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa?
Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.


Tanda #8
Adakah anda merasa sukar untuk bernafas?
Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

Tanda #9
Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda?
Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

Tanda #10
Adakah anda kerap berasa pening kepala?
Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Apa kata kita cegah cepat. Tak susah pon. Just amalkan vivix jer. 1 sudu mashed potato kfc jer sehari


Nah tekan ni kalau nak beli

Kalau nak lagi best n dpt kan guide boleh whatapp or msg ili ok. 011 37454988

You May Also Like

2 buBbLes

  1. Masalah dalaman ni memang seram kan kak. Nak nak bila cek dengan doktor pastu tetibe buah pinggang dah rosak😰

    ReplyDelete