Thursday, March 08, 2012

SOLAT ATAU "SEMBAHYANG"?



SOLAT ATAU "SEMBAHYANG"?

Ramai umat Islam pada hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat” termasuklah ana sendiri.

Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.”

Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala.

“Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti ketika bangun untuk menunaikan Solat Subuh.........

jom “Sembahyang Subuh,”

kepada....jom “Solat Subuh.”

Solat lebih tepat istilahnya.

Bagi kita yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

3 comments:

  1. kenapa ya gaknya wujud perkataan sembahyang dalam budaya masyarakat kita? salah tak kalau Wafa cakap ia adalah persepsi? maksudnya ... erm...semua orang dah tau yang sembahyang tu merujuk kepada solat..boleh tak?

    ReplyDelete
  2. wah . trima kasih sb share . tatau pon sbelum nihhh

    ReplyDelete
  3. macam-macam.boleh confuse jugak jadinye

    ReplyDelete